MASYARAKAT SIVIL DALAM PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA DAN INDIA

1.1.1           1.1            PENGENALAN

Esei ini membandingkan dua negara pilihan iaitu Malaysia dan India dalam konteks demokrasi dan masyarakat sivil.  Kemunasabahan perbandingan ini terletak kepada dua faktor.  Persamaan kedua-dua negara ini adalah ia (i) merupakan negara bekas jajahan British di Asia dan (ii) pernah atau masih berada dalam sistem parti dominan.  Perbandingan dalam esei ini ditumpukan kepada perkembangan peranan dan impak masyarakat sivil terhadap pendemokrasian di kedua-dua buah negara selain meneliti cabaran yang dihadapi masyarakat sivil dalam menjalankan fungsinya sebagai watch dog dan counterweight kepada pemerintah.  Perbandingan ini semestinya memperlihatkan persamaan dan perbezaan antara kedua-dua negara.  Maka, bagi menjelaskan persamaan dan perbezaan tersebut, beberapa konsep yang sesuai dengan perbincangan akan dioperasikan.  Pertamanya, konsep asas dalam perbincangan ini yakni demokrasi dan masyarakat sivil.  Bagi perbincangan konseptual masyarakat sivil, dua aliran utama akan dibahaskan iaitu aliran Marxist dan pluralis.  Keduanya, perbincangan akan ditumpukan kepada wacana utama yang wujud dalam gerakan masyarakat sivil di Malaysia dan India.  Bagi Malaysia yang masih berada di bawah sistem parti dominan, perbincangan akan tertumpu kepada  aspek cabaran masyarakat sivil dari segi kawalan undang-undang oleh pemerintah.  Konsep yang mendasari penelitian tersebut ialah kedaulatan undang-undang atau rule of law dan lawannya iaitu pemerintahan dengan undang-undang atau rule by law.  Bagi India pula, oleh kerana demokrasinya adalah antara yang paling subur dalam kalangan negara sedang membangun, perbincangan tertumpu kepada sumbangan masyarakat sivil ke arah pewujudan urus tadbir yang baik.  Oleh itu, konsep good governance akan mendasari pula penelitian ini.  Walaupun perbincangan bagi kedua-dua negara tertumpu kepada aspek yang berbeza, sumbangan masyarakat sivil di Malaysia dan cabaran bagi masyarakat sivil di India turut dibincangkan.  Oleh itu, perbandingan antara sumbangan dan peranan masyarakat sivil di kedua-dua negara dapat diatasi.  Seterusnya, esei ini membandingkan trend terkini masyarakat sivil di Malaysia dan India vis á vis perkembangan teknologi internet dan komunikasi maklumat sebagai wahana baharu gerakan masyarakat sivil.  Akhirnya, esei ini mengulas keseluruhan perbandingan sekaligus memberi respons terhadap perbandingan antara kedua-dua buah negara.
    
2.1       KERANGKA KONSEPTUAL

Perbandingan dalam kajian ini menggunakan dua konsep asas iaitu demokrasi dan masyarakat sivil.  Kedua-dua konsep ini saling berkait kerana proses pendemokrasian sering dikaitkan dengan peranan masyarakat sivil yang aktif seperti yang pernah berlaku di Filipina (1986), Poland (1998), Indonesia (1998) dan Mesir (2011).  Walaupun kejayaan masyarakat sivil sering diukur dengan pembentukan rejim yang lebih demokratik, terdapat juga kegagalan protes masyarakat sivil yang menyaksikan pembentukan rejim yang lebih autokratik seperti di Nigeria (1983), Peru (1992) dan Sierra-Leonne (1997).  Selain itu, terdapat juga persoalan sama ada demokrasi yang menyediakan ruang kepada perkembangan masyarakat sivil atau masyarakat sivil harus muncul terlebih dahulu untuk menggerakkan pendemokrasian.  Jika, menurut Hall (1995), masyarakat sivil merupakan agen yang penting pada tiga ketika iaitu sebelum, semasa dan selepas pendemokrasian.  Peranan pada tiap ketika adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian masa.  Oleh itu, perbincangan konseptual dimulakan dengan konsep demokrasi dan dua konsep sokongannya iaitu kedaulatan undang-undang dan urus tadbir yang baik atau good governance.

2.2       KONSEP DEMOKRASI

Secara etimologinya, demokrasi berasal daripada bahasa Yunani iaitu kuasa (demos) rakyat (kratos).  Demokrasi adalah pemerintahan yang meletakkan autoriti terakhir di tangan rakyat.  Ia bertentangan dengan amalan politik zaman feudal yang meletakkan autoriti kepada raja.  Dalam pemerintahan demokrasi, setiap individu merasakan dirinya berkuasa untuk mempengaruhi dasar-dasar awam melalui pelbagai saluran partisipasi politik.  Sejajar dengan itu, ideal demokrasi menggalakkan penglibatan rakyat dalam pemerintahan agar ia bersifat demokrasi penyertaan atau participatory democracy.  Salah satunya menerusi wahana masyarakat sivil yang menggalakkan aktivisme rakyat yang tahu akan haknya.  Sehubungan itu, masyarakat sivil memerlukan ruang untuk mereka merealisasikan matlamat seperti memberi pendidikan dan kesedaran kepada rakyat.  Maka, ruang untuk masyarakat sivil mewahanakan matlamat mereka ini adalah menerusi konsep kebebasan yang didukung dalam demokrasi seperti kebebasan berucap, kebebasan berhimpun, kebebasan berpersatuan dan kebebasan media.  Kewujudan konsep-konsep ideal tersebut diinstitusikan dalam undang-undang tertinggi negara agar hak-hak rakyat terjamin menerusi kedaulatan undang-undang atau rule of law.

2.2.1    Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law)

Konsep kedaulatan undang-undang (rule of law) ini dibincangkan sekali dengan lawannya iaitu pemerintahan dengan undang-undang (rule by law).  Kewujudan perlembagaan menandakan adanya kedaulatan undang-undang di sesebuah negara.  Ia bertujuan mengawal masyarakat daripada menggunakan kuasa secara anarki seterusnya mengakibatkan keadaan kacau-bilau atau mob rule.  Kedaulatan undang-undang jika dalam konteks Amerika Syarikat adalah untuk menjamin hak sivil dan hak politik daripada diperas oleh majoriti seperti hak untuk berucap, beragama dan untuk mengadakan perjumpaan awam (Reitz 1997:126).  Maka, ideal ini cuba diamalkan dalam pemerintahan bercorak demokrasi bagi mengelakkan pemerintah daripada mencabuli hak-hak sivil dan hak politik.  Dalam konsep ini, kedaulatan undang-undang secara idealnya haruslah mengawal kesemua sosok yang berada dalam negara termasuk pemerintah.  Namun, secara praktiknya, pemerintah cenderung untuk tidak tunduk kepada undang-undang tetapi menyalahgunakannya sebagai alat untuk mengukuhkan kedudukan.  Keadaan ini diistilahkan sebagai pemerintahan dengan undang-undang atau rule by law.  Pelbagai undang-undang dimanipulasikan untuk menjustifikasi tindakan opresif pemerintah terhadap hak-hak rakyat, lazimnya atas alasan keselamatan negara dan kepentingan nasional.  Sehubungan itu, konsep ini akan dioperasikan bagi meneliti demokrasi dan masyarakat sivil di Malaysia.     

2.2.2    Urus Tadbir yang Baik (Good Governance)

Konsep urus tadbir yang baik atau good governance pula dioperasikan dalam bahagian peranan masyarakat sivil di India.  Hal ini kerana keaktifan masyarakat sivil di India telah menyumbang ke arah pendemokrasian yang deras ke arah pencapaian matlamat good governance dalam pentadbiran.  Menurut World Conference on Governance (1999), urus tadbir yang baik ialah, “…a system that transparent, accountable, just, fair, democratic, participatory and responsible to the people’s needs…”.  Urus tadbir yang baik adalah tidak bermakna jika rakyat hidup di bawah paras kemiskinan, tinggal di kawasan setinggan, pengangguran yang tinggi, ketegangan kaum, ketidakseimbangan pembahagian sumber kekayaan negara, jurang lebar antara kaya dan miskin, rasuah yang berleluasa dan pembangunan ekonomi yang tidak lestari (Abdul Halim 2000).  Secara lebih terperinci, perjuangan masyarakat sivil di India adalah berkaitan ketelusan perbelanjaan awam, partisipasi aktif rakyat dan pembanterasan rasuah.

2.3       KONSEP MASYARAKAT SIVIL

Secara istilahnya, masyarakat sivil merupakan masyarakat yang mengetahui haknya.  Sarjana yang mengkaji perihal ini, Hall (1995:20) berpendapat masyarakat sivil merupakan agen penting sebelum dan selepas pendemokrasian.  Saliha (2000) pula mentakrifkan masyarakat sivil sebagai ruang sivil antara warganegara dan kerajaan.  Ia wujud dalam pelbagai bentuk kesatuan seperti badan bukan kerajaan, kesatuan sekerja, kesatuan wanita dan media (Zaini 2008:44).  Bentuk-bentuk masyarakat sivil ini akan dapat diperhatikan dalam perbincangan ini kemudiannya.  Dalam perbincangan konseptual masyarakat sivil ini juga, ia dipecahkan kepada dua aliran utama iaitu aliran pluralis dan aliran Marxist.  Perbincangan setiap satu aliran utama ini dikaitkan dalam beberapa keadaan di Malaysia dan India dalam bahagian seterusnya.

2.3.1    Aplikasi Aliran Pluralis dan Marxist

Sarjana-sarjana yang mempelopori pendekatan pluralis adalah seperti John Locke, Jean Jacques Rousseau, Tom Paine dan Adam Ferguson.  Dari perspektif sarjana-sarjana ini, masyarakat sivil adalah jaringan aktivisme rakyat untuk mendorong dan menyuburkan demokrasi.  Ia terjelma menerusi kesatuan yang berteraskan kepentingan bersifat horizontal iaitu nilai yang mengatasi kepentingan primordial seperti etnik, bahasa dan agama (Md. Salleh et al. 2011:124).  Robert & Edwards (1991) berpendapat bahawa masyarakat sivil berperanan untuk memperbaik sistem politik, memantau sistem politik (watch dog) dan bebas daripada pengaruh pemerintah.  Pendekatan ini merupakan yang paling sesuai antara kedua-dua pendekatan untuk masyarakat sivil di Malaysia dan India.  Hal ini kerana di kedua-dua negara tersebut, masyarakat sivil tidak mencapai tahap di mana ia menjadi lawan kepada pemerintah atau counterweight dalam pendekatan aliran Marxist.  Menurut sarjana-sarjana pelopor aliran Marxist seperti Friedrich Hegel dan Antonio Gramsci, masyarakat sivil amat berpotensi untuk menggerakkan penentangan rejim autokratik (Md. Salleh et al. 2011:124).  Namun, kajian masyarakat sivil dalam perbincangan ini tidak melibatkan kegiatan masyarakat sivil berpendekatan Marxist kerana ia bukan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah.

3.1 PERBANDINGAN AKTIVISME MASYARAKAT SIVIL DALAM AMALAN DEMOKRASI DI MALAYSIA DAN INDIA

Perbandingan ini merangkumi dua buah negara iaitu Malaysia dan India.  Pertamanya, perbandingan dirasionalkan oleh kedudukan geografi Malaysia dan India di rantau Asia.  Oleh itu, faktor geografi ini mempunyai kaitan rapat dengan budaya masyarakat Asia yang dikatakan agak parokial dalam penglibatan politik. Terdapat juga perkongsian nilai-nilai Asia seperti yang dianjurkan oleh Hitchcock (1997) iaitu  kepatuhan kepada autoriti, keutamaan terhadap keharmonian, permuafakatan dan ketenteraman serta kepentingan awam mengatasi kepentingan individu.  Keduanya, kedua-dua buah negara merupakan negara bekas jajahan kolonial British sejak awal era kolonialisasi (1500-1800-an), iaitu Malaysia sehingga tahun 1957 dan India hingga tahun 1946.  Sehubungan dengan kemerdekaan yang diperolehi, kedua-dua negara ini mewarisi ciri-ciri sistem demokrasi á la Westminster daripada Britain.  Beberapa set undang-undang kawalan yang sama turut diwarisi Malaysia dan India seperti Akta India No. XI 1835 dan Akta India No. XV 1857 iaitu akta khusus dalam membendung penyebaran maklumat menerusi akhbar.  Selainnya ialah akta berkenaan perbuatan menghasut atas alasan keselamatan dan akta berkaitan rahsia rasmi yang menghakis ketelusan pentadbiran.  Jelasnya, undang-undang di India mempunyai ciri-ciri yang serupa dengan undang-undang di Malaysia kerana Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran British di India.  Undang-undang ini tidak terhapus setelah kemerdekaan tetapi terus berkuatkuasa dan dijadikan alat pemerintah (rule by law).  Ketiganya, India dan Malaysia mempunyai pengalaman berada di bawah sistem satu parti dominan.  Ini menunjukkan dominasi pemerintah atau sistem parti hegemonik amat berkuasa di kedua-dua buah negara tanpa pertukaran rejim pemerintahan.  Maka, persamaan tersebut adalah amat menarik untuk diperhatikan dalam meneliti corak amalan demokrasi di kedua-dua buah negara.  Malaysia dan India berkongsi pelbagai ciri sepunya tetapi India adalah lebih progresif dan subur amalan demokrasi berbanding Malaysia.

3.2       DEMOKRASI DI MALAYSIA: TEORI DAN AMALAN

Ideal demokrasi acuan Barat tidak diamalkan di Malaysia.  Hal ini jelas dalam beberapa aspek.  Pertama, konsep pemisahan kuasa mengikut doktrin trias politica tidak diamalkan kerana ahli badan legislatif adalah juga ahli bagi badan eksekutif.  Ini menunjukkan kewujudan percantuman kuasa atau fusion of power.  Kedua, konsep kedaulatan undang-undang (rule of law) seringkali menjadi pemerintahan dengan undang-undang (rule by law).  Ketiga, taraf Malaysia sebagai negara sedang membangun dan masyarakat majmuk membentuk amalan demokrasi mengikut acuannya yang tersendiri.  Ia tidak menepati demokrasi liberal acuan Barat sekalipun terdapat dokumen yang menyatakan pengamalan demokrasi di Malaysia secara umum dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman berbunyi, “...akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan…”. 

Daripada segi praktiknya juga, sebagai salah sebuah negara bekas jajahan British, Malaysia mengamalkan demokrasi ala Westminster yang mirip corak pemerintahan di Britain.  Konsep-konsep lain yang pernah diamalkan di Malaysia juga adalah seperti demokrasi permuafakatan atau consociational democracy.  Kepelbagaian corak amalan demokrasi di Malaysia adalah untuk menyesuaikannya dengan kemajmukan masyarakat dan taraf sosioekonomi di negara ini.  Praktik demokrasi ala Malaysia diumumkan oleh Tun Abdul Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969.  Fokus kepada kestabilan di antara kaum-kaum di Malaysia mula diberi perhatian dan pada ketika ini ia berkait rapat dengan strategi Tun Abdul Razak untuk mencipta parti saingan kepada kaum lain dalam BN apabila menyerap parti Gerakan untuk mengimbangi kuasa MCA yang mewakili kaum Cina (Hwang 2002).  Strategi ini turut melibatkan MIC dan parti-parti lain di Sabah dan Sarawak menjadikan BN parti yang menggabungkan hampir kesemua kaum dalam satu parti di bawah konsep demokrasi permuafakatan atau consociational democracy.

Walau bagaimanapun, konsep permuafakatan ini tidak kekal, ia kemudiannya diperintah pula dengan demokrasi ala Asia oleh Dr. Mahathir Mohamad.  Demokrasi di era Dr. Mahathir Mohamad tenggelam akibat hegemoni pemerintah.  Beliau menggelar amalan demokrasi di Malaysia sebagai demokrasi realistik.  Maksudnya, demokrasi di Malaysia tidak mengikut acuan Barat secara membuta tuli.  Kebebasan berucap, berpersatuan dan berhimpun dihadkan oleh pelbagai undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Polis 1967.  Dr. Mahathir Mohamad cenderung beranggapan bahawa demokrasi hanyalah sebagai alat.  Ini berbeza dengan pemimpin sebelumnya yang lebih berkompromi dan demokratik.  Hampir keseluruhan lanskap politik Malaysia didominasi oleh Dr. Mahathir Mohamad sehinggakan era beliau dirujuk sebagai Mahathirisme (Khoo Boo Teik 1995). 

3.3       KEPELBAGAIAN BENTUK MASYARAKAT SIVIL DI MALAYSIA

Menurut Lim Teck Ghee (1995), masyarakat sivil di Malaysia dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu isu alam sekitar, pengguna, hak asasi manusia, pembangunan dan kumpulan wanita.  Tan & Bishan (1994) pula membahagikan bentuk masyarakat sivil kepada dua.  Pertama, berorientasikan khidmat masyarakat dan kebajikan.  Kedua, masyarakat sivil yang wujud atas isu pembangunan dan berorientasikan isu semasa atau ad hoc basis.

Di Malaysia, badan bukan kerajaan atau non-governmental organization (NGO) bersifat politik lebih aktif berbanding NGO lain.  Ia bertindak sebagai watch dog kepada pemerintah.  Keaktifan masyarakat sivil bermula pada era 1970-an.  Ia berkembang dan bertindak balas terhadap perubahan sosial di Malaysia selaras pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru 1971 (DEB 1971) pada waktu itu yang dilihat tidak menguntungkan rakyat secara keseluruhan.  Antara NGO yang wujud adalah seperti NGO untuk hak asasi manusia seperti Aliran Kesedaran Kebangsaan (ALIRAN), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (HAKAM), Adil, The International Movement for a Just World (JUST).  NGO berteraskan Islam pula ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Al-Arqam.  Selain itu terdapat juga NGO berorientasikan gerakan feminis seperti Sisters In Islam (SIS) dan Tenaganita.  NGO bagi isu-isu pengguna pula ialah Consumer Association of Penang (CAP).

Selain daripada berbentuk badan berkepentingan, masyarakat sivil juga wujud sebagai badan pendesak yang menginginkan perubahan dasar-dasar awam secara radikal.  Badan pendesak ini kerap berorientasikan isu seperti Gabungan Mansuhkan PPSMI pada tahun 2009.  Ia memperjuangkan pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).  Gabungan Mansuhkan ISA pada tahun 2009 juga ditubuhkan atas sikap kurang responsif kerajaan berkenaan isu hak asasi manusia vis á vis pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan penahanan di Kem Kamunting.  Selain itu, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) pada tahun 2007, BERSIH 2.0 pada 2011, dan BERSIH 3.0 pada tahun 2012 menumpukan reformasi sistem pilihan raya, juga atas sikap kurang responsif kerajaan terhadap pembaharuan sistem pilihan raya yang digelumangi pelbagai masalah seperti senarai nama pendaftar, akses media yang adil dan pemanjangan tempoh berkempen. 

Berdasarkan kegiatan ketiga-tiga badan pendesak ini, ia merupakan respons terhadap sistem parti dominan Barisan Nasional yang kerap menggunakan undang-undang (rule by law) seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Akta Polis 1967 untuk mengekang aktivisme rakyat.  Penggunaan undang-undang adalah kerap bagi mengabsahkan tindakan autokratik pemerintah.  Terbaru, Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menghalang perarakan atau protes jalanan juga dilihat sebagai mekanisme undang-undang untuk menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun seterusnya melambatkan proses pendemokrasian.  Penggubalan akta ini telah menerima bantahan yang jitu daripada parti-parti pembangkang iaitu PAS, DAP dan PKR kerana penguatkuasaannya menjadikan amalan demokrasi di Malaysia tidak kompetitif antara parti pemerintah dan parti pembangkang.

Selain itu, terdapat kesatuan masyarakat sivil yang menjadi pendukung kepada parti pemerintah.  Dalam keadaan ini, walaupun kesatuan-kesatuan tersebut mendakwa dirinya sebagai sosok yang bercirikan masyarakat sivil, ia nyata boleh dipertikaikan kerana sudah tidak bebas daripada pemerintah.  Ia membantu pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dengan cara mempromosi dasar, menjaga kepentingan bersama dan merancang aktiviti sosial. Contohnya, NGO seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).  Keaktifan NGO-NGO tersebut dalam mendukung dasar-dasar kerajaan sering melahirkan pandangan bahawa ia hanya wujud sebagai proksi kepada parti pemerintah. 

Trend NGO-NGO yang wujud pasca PRU 2008 turut menunjukkan tingkah laku sebagai proksi pemerintah.  Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) contohnya hanya mempromosikan isu-isu bersifat primordial iaitu isu etnik Melayu seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.  Penubuhan JATI oleh Dr. Hassan Ali selepas keluar daripada PAS dengan slogan Islam, Melayu dan Raja atau IMR turut mengangkat nilai yang nyata bersifat primordial.  Sesungguhnya, kewujudan masyarakat sivil dengan asas-asas nilai primordial ini langsung tidak membantu untuk mempercepatkan pendemokrasian malahan merencatkannya.  Walaupun NGO-NGO tersebut cenderung ke arah pendekatan pluralis, ia masih lagi belum cukup untuk dikelaskan sebagai masyarakat sivil berpendekatan pluralis kerana ciri-ciri primordial yang amat kuat. 

3.3.1    Sumbangan Masyarakat Sivil di Malaysia

Sumbangan masyarakat sivil di Malaysia dapat dilihat dalam aspek perubahan dasar-dasar awam.  Walaupun pihak kerajaan sering menafikan perubahan dasar ini adalah kesan daripada tekanan daripada masyarakat sivil, ia nyata tidak boleh dipertikaikan begitu sahaja.  Sifat responsif kerajaan terhadap tuntutan masyarakat sivil dilihat dalam tiga konteks gerakan masyarakat sivil.  Pertama, Gerakan Mansuhkan ISA 1960 pada 1 Ogos 2009 telah dikira mula menunjukkan tanda kejayaan apabila Perdana Menteri Mohammad Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan ISA 1960 pada Hari Malaysia 2011 dengan tujuan menjadikan demokrasi di Malaysia sebagai demokrasi terbaik.  Kedua, Gerakan Mansuhkan PPSMI pada Februari 2009 turut berjaya memansuhkan dasar PPSMI yang dilihat tidak nasionalistik terhadap Bahasa Kebangsaan secara berperingkat.  Dasar tersebut digantikan dengan dasar Memperkasakan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).  Ketiga, gerakan BERSIH 2.0 telah berjaya mendesak kerajaan ke arah pewujudan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan setakat ini merealisasikan tuntutan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya.  Selain itu, masyarakat sivil memberi kesedaran dan kefahaman mengenai hak-hak sebagai warganegara menerusi penerbitan Aliran Monthly, Annual Human Rights Report (SUARAM), laman web dan demonstrasi yang mendapat liputan meluas daripada media.  Ia turut berfungsi sebagai perantara antara rakyat dan pemerintah dalam mempersoal ketidakadilan dasar-dasar awam seperti PPSMI dan  ISA 1960.  Terakhir, ia berjaya melatih aktivis dan pemimpin dalam masyarakat seperti Anwar Ibrahim, Chandra Muzaffar dan Ibrahim Ali.

3.4       AMALAN RULE BY LAW SEBAGAI CABARAN KEPADA MASYARAKAT SIVIL

Sebagaimana negara sedang membangun lain, praktik demokrasi di Malaysia adalah amalan pemerintahan yang kurang sesuai dengan realiti tempatan.  Dari perspektif pemerintah, amalan demokrasi liberal acuan Barat tidak sesuai dengan kemajmukan masyarakat kerana ia berkecenderungan menjejaskan keselamatan negara.  Manakala daripada sudut pandangan rakyat, pemeliharaan keselematan negara dengan penggunaan undang-undang (rule by law) adalah bercanggah dengan amalan demokrasi.  Dilema antara kebebasan dan keselamatan wujud dalam mana-mana sistem politik.  Oleh itu, keselamatan hendaklah dilandaskan kepada usaha menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan ruang mencukupi untuk mereka melaksanakan hak sebagai warganegara dalam sistem demokrasi. Secara tidak langsung, perkembangan masyarakat sivil di Malaysia bergerak dalam kebebasan terhad kerana undang-undang yang menyekat serta hegemoni parti pemerintah yang saling beroperasi untuk mempengaruhi masyarakat sivil.

            Realitinya, hak asasi manusia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana telah diperuntukan dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan bermula Perkara 5 sehingga Perkara 13. Hak-hak tersebut termasuklah hak bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan yang menyokong perkembangan masyarakat sivil di Malaysia.  Namun begitu, hak asasi ini disekat oleh beberapa akta lain.  Akta-akta yang dilihat mengongkong perkembangan aktivisme rakyat menerusi masyarakat sivil adalah seperti Akta Pertubuhan 1966, Akta Polis 1967, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

            Masyarakat sivil memerlukan ruang yang secukupnya untuk berkembang bagi menyemarakkan semangat demokrasi di Malaysia terutamanya menurut kebebasan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.  Akta-akta lain yang digubal menyebabkan masyarakat sivil tidak dapat berkembang selaras dengan kehendak demokrasi. Demokrasi sering dilihat sebagai sistem politik yang memberi penghormatan yang amat tinggi terhadap masyarakat terbanyak. Pemerintah dan negara yang dibentuk di dalam sesebuah sistem demokrasi adalah bertujuan untuk memberi khidmat, bertugas dan memastikan kehidupan masyarakat terjamin dan terpelihara.  Tugas ini cukup besar bagi sesebuah kerajaan untuk menjaganya, dengan itu, wujudnya organisasi-organisasi bukan kerajaan yang membantu mencapai hasrat demokrasi.

Namun begitu, akta-akta yang digubal mengekang kegiatan masyarakat sivil untuk berbuat demikian.  Dengan adanya Akta Pertubuhan 1966, setiap organisasi yang berdaftar di bawah akta ini perlu menyediakan laporan tahunan yang lengkap yang boleh menimbulkan kerenah birokrasi atau red tape yang tinggi.  Selain itu, Registrar of Society (ROS) yang ditubuhkan di bawah akta ini mempunyai kuasa penuh untuk membatalkan mana-mana pertubuhan yang tersasar daripada objektif pertubuhan mereka.  Perkara ini pernah berlaku ke atas ALIRAN kerana ia tersasar daripada matlamat penubuhannya dengan memperjuangkan isu gaji dan elaun kakitangan awam.  Setelah beberapa siri rundingan, ALIRAN kembali berjalan seperti biasa. Perkara ini juga pernah terjadi kepada Al-Arqam yang mana ia telah diharamkan pada tahun 1994.  Al-Arqam merupakan badan yang memperjuangkan sistem ekonomi yang berteraskan prinsip Islam dan menghapuskan sistem ekonomi liberal kapitalisme.  Al-Arqam diharamkan kerana menyeleweng daripada ajaran Islam namun, setelah dikaji, pengharaman bermotif politik berbanding agama kerana mencabar legitimasi kerajaan mengenai sistem ekonomi yang dipilih.

            Selain daripada akta tersebut, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 juga dilihat sebagai satu akta yang mengekang kebebasan politik mahasiswa.  Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya suatu masa dahulunya merupakan satu persatuan mahasiswa yang berani dan lantang.  Mereka cukup aktif dalam politik sehinggakan mereka pernah mengeluarkan manifesto mereka sendiri dalam Pilihan Raya Umum 1969. Penglibatan mahasiswa secara langsung semasa PRU 1969 telah menggusarkan kerajaan. Setelah terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, mahasiswa telah berarak menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap sistem pemerintah Tunku Abdul Rahman. Demonstrasi ini dikenali sebagai demonstrasi anti-Tunku.  Oleh itu, AUKU 1971 telah digubal bagi menjaga keselamatan politik pemerintah dengan menghalang mahasiswa daripada berpartisipasi secara aktif dalam politik.

            Terkini, pelbagai demonstrasi oleh masyarakat sivil seperti Gerakan Manuhkan PPSMI, Gerakan Mansuhkan ISA 1960 dan siri perhimpunan aman BERSIH 2007, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 telah dikekang oleh pemerintah menerusi tindakan pasukan keselamatan polis mengikut justifikasi undang-undang.  Pelbagai tangkapan dan usaha menghalang keberjayaan protes awam oleh gerakan masyarakat ini telah dibendung menerusi permit perhimpunan daripada Akta Polis 1967.  Dengan itu, perhimpunan ini diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram dan sesiapa yang menyertainya akan dikenakan tindakan di bawah akta tersebut.  Atas tindakan undang-undang ini, kegiatan masyarakat sivil dapat dikurangkan daripada berterusan menjadi ancaman kepada kuasa pemerintah yang kian terhakis sejak PRU 2008.  Selain itu, kegiatan masyarakat sivil yang aktif selepas PRU 2008 juga telah menjadikan undang-undang semakin autokratik iaitu penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang melarang protes jalanan yang didakwa tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia selain dianggap mengancam keselamatan ekonomi Malaysia kerana ia membawa imej buruk kepada negara asing.

Selain penggunaan undang-undang, nilai Asia turut menjadi penguat kepada kekangan dan cabaran terhadap perkembangan masyarakat sivil di Malaysia. Menurut Hitchcock (1997), nilai asia ialah nilai peribadi dan masyarakat serta sikap kerajaan dicirikan oleh beberapa perkara iaitu kepatuhan kepada autoriti, keutamaan terhadap keharmonian, permuafakatan dan ketenteraman dan kepentingan awam di atas kepentingan individu.  Jayasuria (1997) pula berpendapat, terdapat tiga jalur utama nilai asia iaitu kepatuhan kepada autoriti, etos komuniti dan konsep kesatuan masyarakat dan pemerintah. Sikap masyarakat yang patuh kepada pemerintrah menyebabkan tidak suburnya demokrasi di Malaysia. Masyarakat adalah medium utama yang mencorakkan demokrasi bukan golongan pemerintah.

3.5       MASYARAKAT SIVIL VIRTUAL DI MALAYSIA

Masyarakat sivil virtual wujud seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan kemudahan internet di Malaysia.  Sekatan perundangan terhadap ruang fizikal menimbulkan kemuakkan terhadap saluran penglibatan tersebut lalu menjadikan aktivisme ruang siber semakin rancak.  Berdasarkan kajian Tan Lee Ooi (2010), aktivisme masyarakat sivil di ruang siber bermula pasca gerakan Reformasi 1998.  Menerusi ruang siber ini, satu saluran yang lebih demokratik dapat digunapakai oleh masyarakat sivil untuk memobilisasikan gerakan dan pencapaian matlamatnya. 

Terdapat tiga ciri utama masyarakat sivil virtual dalam kajian Tan Lee Ooi (2010) iaitu laman web reformasi yang berubah wajah menjadi medium isu-isu semasa, laman aktiviti masyarakat sivil seperti yang dijalankan oleh Aliran iaitu laman Diari Pemantau Media dan ISA Watch, laman web komuniti politik The Free Media dan pelajar universiti iaitu Kampus Negara.  Ruang siber turut dijadikan medium untuk memobilisasi pergerakan massa dalam beberapa siri demonstrasi iaitu Gerakan Mansuhkan ISA 1960, Gerakan Mansuhkan PPSMI dan BERSIH.  Selain itu, wujud komuniti blogger yang berjumlah seramai 20,000 pada tahun 2005.  Pemusatan kegiatan blogging turut dilaksanakan menerusi Project Petaling Street dan Penang Bloggers.   Pengaruh masyarakat sivil virtual ini, walaupun sukar untuk dibuktikan tetapi telah mengimpak dengan signifikan dalam PRU 2008 apabila maklumat daripada internet menjadi salah satu faktor persaingan pilihan raya lebih kompetitif.

4.1       KEBANGKITAN MASYARAKAT SIVIL DI INDIA

Partisipasi politik di India telah ditransformasikan di dalam pelbagai cara sejak 1960-an.  Kumpulan sosial baharu telah memasuki arena politik dan mula menggunakan sumber politik mereka untuk membentuk proses politik.  Kasta Dijadualkan dan Puak Dijadualkan, yang sebelum ini dikecualikan daripada politik disebabkan posisi mereka di bawah hierarki sosial India, telah mula mengambil kesempatan atas peluang yang ditawarkan oleh demokrasi India.  Wanita dan pejuang alam sekitar membentuk kategori politik baharu yang mengatasi budaya politik tradisional.  Penyebaran masyarakat sosial iaitu pergerakan sosial dan organisasi sukarela telah menunjukkan perkembangan positif walaupun wujud kesulitan parti politik India dan institusi negara.  Kecendurangan demokratisasi di India terus berkembang maju.

Aspek penting kebangkitan masyarakat sivil ialah percambahan organisasi sukarela atau NGO.  Dianggarkan jumlah mereka daripada 50,000-100,00 pada tahun 1993.  Kepada beberapa peringkat, kebangkitan organisasi sukarela telah ditaja oleh kerajaan India.  Contohnya, Pelan Seventh Five-Year kerajaan pusat 1985-1989 telah mengenalpasti sumbangan organisasi sukarela dalam meningkatkan pembangunan dan dengan ketara meningkatkan dana mereka.  Sesetengah NGO bekerjasama dengan kerajaan pusat dengan cara menambahkan kapasitinya untuk melaksanakan dasar awam, seperti pembasmian kemiskinan, contohnya dengan cara tidak terpusat.  Lain-lain NGO juga bertindak sebagai pemerhati atau watch dog, cuba memberi tekanan kepada agensi-agensi kerajaan untuk mendukung semangat undang-undang dan melaksanakan dasar bersesuaian dengan objektif mereka.  Pertubuhan bukan kerajaan juga berusaha meningkatkan kesedaran politik kepada pelbagai kumpulan sosial, menggalakkan mereka untuk menuntut hak-hak mereka dan mencabar ketidakadilan sosial.

Pada permulaan 1970-an, masyarakat sivil menerusi aktivis-aktivis mula membentuk pergerakan sosial yang lebih meluas, mereka menganggap diri mereka diabaikan oleh kerajaan dan parti-parti politik. Contoh pergerakan yang paling mendapat perhatian adalah pergerakan petani yang menyusun seramai ratusan ribu para demonstrasi di New Delhi dan telah menekan kerajaan untuk harga komoditi pertanian yang lebih tinggi dan memperbanyak pelaburan di kawasan pedalaman. Dengan pilihan raya yang bersifat tinggi saingannya, badan kehakiman yang agak bebas, media yang riuh, masyarakat sivil yang semakin maju, India masih terus mempunyai salah satu sistem politik yang paling demokratik diantara negara-negara sedang membangun.  

Walau bagaimanapun, demokrasi India berada dibawah tekanan. Kuasa politik di dalam negeri India telah menjadi semakin berpusat pada satu masa apabila masyarakat sivil India telah bergerak di sepanjang garisan yang mencerminkan kepelbagaian sosial negara yang menarik. Parti-parti politik di negara ini, yang mungkin agregat kepentingan pelbagai sosial negara dengan cara yang akan memastikan maklum balas pihak daripada pihak berkuasa negeri berada dalam krisis.  Kerajaan dan parti-parti politik India yang bersifat tidak responsif telah menggalakkan orang awam India untuk bergerak melalui NGO dan pergerakkan sosial. Perkembangan masyarakat sivil India telah menjadikan orang India kurang yakin dengan kuasa transformatif kerajaan dan lebih yakin dengan kuasa individu dan komuniti tempatan. Perkembangan ini mengalihkan sebahagian besar insiatif untuk menyelesaikan masalah sosial India daripada kerajaan kepada masyarakat.

4.2      SUMBANGAN MASYARAKAT SIVIL KE ARAH URUS TADBIR YANG BAIK (GOOD GOVERNANCE)

Pada abad yang lepas, ruang masyarakat sivil di India telah menyaksikan percambahan penglibatan organisasi dalam analisis bajet.  Bajet analisis ditakrifkan sebagai proses yang mana bajet negara diteliti daripada perspektif golongan miskin dan terpinggir. Kerelevanan bajet analisis menyediakan masyarakat sivil dengan alat di mana ia membawa perspektif dan kebimbangan orang miskin dan terpinggir dalam proses penggubalan polisi dengan berkesan.  Bajet analisis muncul sebagai alat inovatif yang mana masyarakat sivil boleh memperluas ruang untuk penglibatan demokrasi dengan kerajaan.  Peranan masyarakat sivil dalam tatanegara India perlu difahami di dalam konteks hubungannya dengan kerajaan. 

Demokrasi di India dicirikan oleh defisit yang besar, kekecewaan terhadap negara India diburukkan lagi dengan pengenalan darurat pada tahun 1975 yang mana demokrasi dan hak-hak asasi digantung buat sementara waktu.  Perkembangan politik yang lebih meluas telah menjadikan masyarakat sivil sebagai kuasa besar dalam tatanegara India.  Faktor berkembar dengan peningkatan kerajaan berpusat dan kegagalan kerajaan yang sebahagian besarnya untuk mendemokrasikan masyarakat India telah merangsang masyarakat sivil untuk bekerja ke arah menentang kecenderungan hegemoni kerajaan dan menjamin hak sosioekonomi rakyat.

Boleh dikatakan kemudian, masyarakat sivil di dalam Indian kontemporari adalah untuk bertindak sebagai pemerhati kepada kerajaan, dengan itu mendesak kerajaan ke arah yang bertanggungjawab dan responsif terhadap rakyat.  Pergerakan untuk transformasi sosial dicetuskan oleh masyarakat sivil yang secara luasnya dijalankan di dalam kerangka partisipasi dan gerakan politik.  Masyarakat sivil bergelut untuk keadilan, ianya juga telah mengambil secara besar-besaran pada mobilisasi massa dan pergolakan politik yang dipopularkan di India melalui gerakan kebebasan.  Kaedah Gandhi dalam penentangan orang awam dicirikan sebagai mobilisasi massa, perhimpunan, petisyen, dan konfrontasi secara langsung telah mendominasi amalan masyarakat sivil dan penglibatannya dengan kerajaan dan bergelut untuk keadilan.  Contoh menonjol adalah seperti Narmada Bachai Andolan, gerakan Chipko dan yang terbaru adalah gerakan hak untuk mendapat informasi. Semua gerakan ini menggunakan amalan meluas tindakan protes yang dicirikan oleh perhimpunan, ucapan awam dan protes perarakan sebagai instrumen utama untuk mobilisasi dan penentangan.

Gerakan demokrasi yang dilakukan oleh masyarakat sivil untuk hak informasi bermula pada tahun 1966.  Perjuangan hak untuk akses maklumat adalah untuk memperkasakan penduduk luar bandar seterusnya mewujudkan urus tadbir yang baik (good governance) dan keadilan sosial.  Ia diketuai Mazdoor Kisan Shakti Sangathan (MKSS) iaitu kumpulan yang menuntut keadilan berkenaan upah, taraf hidup dan tanah.  Gerakan ini diketuai Aruna Roy dan golongan aktivis di bawah gabungan MKSS.  Pada tahun 2005, The Indian Parliament Years menggubal Akta Hak untuk Maklumat iaitu undang-undang yang memberi kuasa kepada rakyat India untuk mendapatkan maklumat daripada Pihak Berkuasa Awam dan menjadikan kerajaan lebih responsif, efektif dan efisien dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.  Akta ini memastikan penjawat awam dan pentadbir urus kerajaan berakauntabiliti dalam melaksanakan sesuatu tugasan.  Secara tidak langsung, ia membawa kepada keadilan sosial yang lebih baik. 

Justeru, MKSS dikatakan melahirkan suatu gerakan keadilan sosial yang paling berkesan di India.  Mereka melobi kerajaan untuk mendapatkan maklumat seperti rekod pekerjaan dan pembayaran, bil dan dokumen berkenaan pembelian, pembelanjaan kos pengangkutan dan sebagainya.  Di samping itu, kesatuan petani dan pekerja berjaya membuktikan kuasa maklumat sebagai alat yang berkesan bagi membolehkan rakyat terlibat dalam tadbir urus secara implisit.  Penglibatan ini adalah melalui forum inovatif iaitu public hearings atau social audits yang memudahkan perbincangan berstruktur dan tertumpu dalam kalangan penduduk berkenaan dengan perbelanjaan dana pembangunan awam dalam negara.  Kejayaan social audits MKSS turut mempengaruhi kerajaan negeri Rajasthan untuk memperkenalkan aspek-aspek pengauditan sosial dalam proses tadbir urus tempatan.  Kini, audit sosial diadakan pada setiap tahun di setiap kampung sebagai sebahagian daripada proses dan semua penduduk kampung wajar diberi peluang untuk mengundi suatu resolusi di mana projek-projek yang diadakan di kawasan mereka telah dilaksanakan. 

Walaupun proses ini mempunyai batasannya, perubahan radikal ini mendorong penglibatan rakyat dalam proses audit dana awam.  MKSS melancarkan kempen secara besar-besaran di seluruh negeri pada tahun 1995 dengan menuntut sebuah undang-undang atas hak kepada maklumat untuk semua rakyat.  Kempen tersebut mencapai kejayaan apabila kerajaan negeri Rajasthan meluluskan undang-undang Hak Maklumat pada tahun 2000.  Berikutan dengan kejayaan tersebut, kempen sedemikian telah dianjurkan di semua negeri di India dan membawa kepada pembentukan National Campaign for People’s Right to Information (NCPRI).  Tuntutan NCPRI adalah berkenaan undang-undang peringkat nasional atas hak akses kepada maklumat dan diberi perhatian serius oleh Parlimen India.
 
Selain itu, gerakan anti korupsi yang dilancarkan pada Ogos 2011 turut menyumbang kepada demokrasi di India secara signifikan.  Gerakan ini tercetus berikutan gabungan dua skandal rasuah yang teruk iaitu (i) penganjuran Sukan Komanwel di New Delhi dan (ii) isu-isu lain berkenaan peruntukan lesen telefon bimbit.  Para penyokong gerakan ini termasuklah pelajar, golongan profesional IT dan pesara kakitangan kerajaan.  Penglibatan rakyat India yang lebih daripada satu bilion orang membawa kepada penyatuan yang dilihat sebagai suatu kuasa untuk perubahan.  Ini merupakan langkah pertama untuk mengubah seluruh dasar kerajaan yang korup di mana protes tersebut memberi ancaman kepada golongan ahli politik dan kelas birokrasi.  Masyarakat sivil dalam kempen gerakan berperanan dalam menentang isu-isu kerajaan yang menindas rakyat, melobi untuk mendapatkan maklumat termasuk kebebasan undang-undang maklumat, peraturan dan institusi untuk mengawal rasuah, mendedahkan perilaku rasuah pegawai kerajaan dan melobi untuk pembaharuan sistem urus tadbir yang lebih baik.  Hal ini kerana undang-undang dan badan anti-rasuah wujud tidak berfungsi secara berkesan tanpa peranan aktif masyarakat sivil pada masa sebelum, semasa dan selepas pendemokrasian.  Partisipasi rakyat juga dapat digalakkan, di mana masyarakat sivil memberi didikan kepada orang ramai tentang tanggungjawab mereka sebagai warganegara demokratik dan hak-hak mereka yang sewajarnya serta menyedarkan mereka berhubung salah laku kerajaan.

4.3       CABARAN MASYARAKAT SIVIL DI INDIA

Masyarakat sivil di India berkembang dengan baik seiring dengan kesuburan sistem demokrasinya.  Kesuburan demokrasi yang dipraktikkan secara tidak langsung membawa kepada pertambahan bilangan dalam gerakan masyarakat sivil di negara tersebut. Namun, seiring dengan perkembangan masyarakat sivil di India, gerakan masyarakat sivil juga berhadapan dengan pelbagai kekangan dalam memperkembang perjuangan mereka. Antara kekangan-kekangan yang didepani gerakan masyarakat sivil di India termasuklah cabaran kemunculan Orde Baru Dunia, penglibatan kerjasama yang lemah antara masyarakat sivil dan masyarakat politik, pertumbuhan masyarakat sivil yang terlalu drastik, dan keberkesanan peranan sebagai agen akauntabiliti negeri dan pasaran.

4.3.1    Cabaran Orde Baru Dunia

Liberalisasi ekonomi, penswastaan dan globalisasi telah menyumbang kepada titik tumpuan ekonomi global dan bantuan pembangunan beralih kepada Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) atau Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan antara Negara-negara.  Ekonomi negara di rantau Asia juga akan melalui ledakan perubahan yang menyaksikan kemunculan India dan China sebagai kuasa ekonomi baharu dunia.  Maka, masyarakat sivil menjadi salah satu aktor dalam teori globalisasi berpendekatan tesis lembut atau transformationalist.  Dalam keadaan ini, ia masih lagi berpeluang untuk menyesuaikan dirinya dengan konteks global semasa.

            Pertumbuhan ekonomi yang pesat di India dalam pada masa yang sama menyumbang kepada peningkatan ketidaksamarataan ekonomi.  Sebahagian besar penduduk India masih terasa bahang masalah kemiskinan selain menghadapi krisis makanan yang sangat kritikal.  Selain itu, kemusnahan alam sekitar juga semakin teruk dan migrasi secara besar-besaran yang mengakibatkan pelanggaran hak-hak sivil dan politik.  Orde Baru Dunia yang berubah-ubah membuka peluang untuk kerjasama baharu dan strategik bagi aktor masyarakat sivil di India.  Namun, cabaran utama kepada gerakan masyarakat sivil ini adalah kegagalan gerakan ini untuk meletakkan kesediaan dan kecekapan untuk mengakses peluang-peluang yang muncul ini disamping perubahan Orde Baru Dunia ini menyebabkan kerumitan masyarakat sivil di India untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dunia yang berubah secara pantas.  Cabaran perubahan secara drastik dari peringkat global inilah cabaran utama yang dihadapi gerakan masyarakat sivil di India. 

4.3.2    Penglibatan Kerjasama Lemah Antara Masyarakat Sivil Dan Masyarakat Politik

Masyarakat politik seperti elit-elit politik dalam badan legislatif, badan eksekutif dan parti-parti politik tidak dapat dielakkan dalam rangka kerja urus tadbir tempatan, kebangsaan dan global yang demokratik.  Walau bagaimanapun, penglibatan masyarakat sivil dengan masyarakat politik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di India adalah sangat lemah.  Kebelakangan ini, penglibatan masyarakat awam adalah terhad dan ia hanya terfokus kepada isu-isu tertentu sahaja.  Masyarakat sivil mula menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pemerintah negeri oleh kerana penindasan negeri terhadap aktivis-aktivis hak asasi manusia.

            Hal ini secara tidak langsung dilihat sebagai satu cabaran yang harus didepani oleh masyarakat sivil di India.  Untuk memastikan perjuangan dan tuntutan mereka didengari oleh masyarakat politik, kerjasama yang baik antara masyarakat sivil dan masyarakat politik harus dijalinkan dengan erat.  Selaras prinsip urus tadbir baik atau good governance, kerajaan haruslah menjadi lebih responsif dan berakauntabiliti dalam tindak-tanduknya terhadap rakyat.  Polemik dan konflik yang sentiasa tercetus melihatkan ia sebagai satu cabaran yang kritikal yang mana satu penyelesaian secara kreatif harus dirangka dalam menyatukan kedua-dua masyarakat ini.

4.3.3    Pertumbuhan Masyarakat Sivil Yang Terlalu Drastik

Masyarakat sivil di India sangat berkembang dengan populasi yang sangat besar dari semasa ke semasa.  Pertumbuhan masyarakat sivil yang terlalu drastik mengakibatkan berlakunya lambakan kewujudan gerakan yang memperjuangkan agenda yang tertentu. Kewujudan masyarakat sivil yang terlalu banyak ini menyebabkan ada antaranya yang tidak berfungsi.  Pada dasarnya kewujudan masyarakat sivil ini haruslah bersifat lebih ekslusif dan memerlukan penjenamaan semula atau rebranding agar penubuhannya menjadi lebih relevan dengan idea yang cuba diperjuangkan.  Penubuhan gerakan kumpulan masyarakat sivil yang terlalu drastik dan cepat ini juga secara tidak langsung membawa kepada kehilangan matlamat sebenar perjuangan atau isu yang ingin diperjuangkan akibat kegagalan dalam bersaing dan mewujudkan kerjasama antara gerakan-gerakan yang lainnnya.

4.3.4    Peranan Sebagai Akautabiliti Negara Dan Pasaran

Tuntutan Orde Dunia yang sering berubah-ubah menuntut kepada masyarakat awam India untuk memantau tindakan kerajaan India terutama dalam aspek kawalan ekonomi. Hal ini juga pada dasarnya berlaku kerana kehadiran syarikat pelbagai nasional atau multinational corporation (MNCs) India dan antarabangsa yang semakin pesat berkembang dan membawa India sebagai kuasa ekonomi yang kian meningkat naik.  Maka, gerakan masyarakat sivil seharusnya memainkan peranan sebagai agen akauntabiliti pasaran ekonomi negara.  Masyarakat sivil ini harus berfungsi sebagai alat untuk ‘check and balance’ kepada kerajaan.

            Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh masyarakat sivil di India adalah kegagalan untuk mengesan dan mengawal tindakan kerajaan.  Kesulitan ini juga berkait rapat dengan konsep good governance yang memerlukan kerajaan untuk mewujudkan ketelusan atau transparency dalam pentadbiran.  Maka, katidaktelusan ini mengakibatkan gerakan masyarakat sivil gagal bertindak sebagai agen pemantau atau watch dog yang berkesan.  Persoalan bagaimana gerakan masyarakat sivil ini dapat dipertingkatkan untuk memantau dengan berkesan adalah persoalan yang sering diragukan.  Pada dasarnya, masyarakat sivil di India perlukan keupayaan teknikal dan profesional untuk memainkan peranan sebagai pemantau kepada tindakan kerajaan.

4.3.5    Amalan Penaungan Menerusi Dana Kerajaan

Trend baharu masyarakat sivil di India memperlihatkan wujudnya amalan penaungan atau patronage antara kerajaan (patron) dan masyarakat sivil (client).  Bantuan kewangan yang dijana oleh kerajaan menjadi cabaran kepada masyarakat sivil untuk terus aktif sebagai watch dog mahupun counterweight kepada pemerintah.  Gerakan masyarakat sivil berkemungkinan untuk menjadi lebih perlahan dalam menyumbang terhadap pendemokrasian di India.  Gerakan masyarakat sivil di India masih lagi aktif tetapi cabaran dan batasan yang tertentu bermula sejak tahun 1990-an, terdapat perubahan terutama daripada sudut matlamat perjuangan akibat cabaran kewangan. 

Dana kewangan gerakan masyarakat sivil pada masa dahulu di India adalah daripada tabung kumpulan itu sendiri manakala dana yang menggerakkan masyarakat sivil di India pada masa kini kebanyakannya daripada sumber kewangan kerajaan.  Batasan daripada sudut kewangan inilah yang menjadi cabaran sehingga menyebabkan berlakunya perubahan dalam matlamat perjuangan masyarakat sivil.  Dahulunya perjuangannya adalah lebih telus dalam memperjuangkan hak yang dituntut, namun pada masa kini atas kewangan yang diperolehi daripada sumber kerajaan menjadikan matlamat perjuangan masyarakat sivil kini menjadi lebih bias ke arah pihak pemerintah. 

4.4       TREND KEGIATAN MASYARAKAT SIVIL DI INDIA

Bermula semenjak tahun 1970-an, aktivis mula untuk membentuk gerakan masyarakat sivil yang meluas dan membentuk sokongan kuat perjuangan menentang penindasan pemerintah terhadap hak asasi manusia.  Antara isu yang dimainkan termasuklah pertanian oleh golongan petani, isu wanita dan isu alam sekitar.  Dengan pilihan raya yang kompetitif, badan kehakiman yang agak bebas, kebebasan media, dan perkembangan pesat masyarakat sivil, India mempunyai sistem politik yang paling demokratik antara semua negara-negara membangun. 

Selaras dengan International NGO Training and Research Centre (INTRAC), trend masyarakat sivil di India kelihatan mempunyai impak yang semakin meningkat ke atas peranan dan fungsi organisasi masyarakat sivil di negara tersebut khususnya ke arah masa depan India.  Antara lain, kerajaan India kini membelanjakan lebih banyak sumber awam ke atas sektor sosial misalnya kesihatan dan pendidikan; peningkatan program-program kerajaan baru yang berdasarkan hak asasi misalnya Gandhi National Rural Employment Guarantee Programme yang mengiktiraf keperluan golongan miskin di luar bandar.

Memandangkan India berkembang daripada sebuah negara berpendapatan rendah kepada negara berpendapatan menengah rendah, Overseas Development Assistance (ODA) menjadi semakin kekurangan dana.  Penghijrahan agensi-agensi bilateral dan NGOs antarabangsa telah membawa kepada pengurangan sumber daripada sumber fleksibel kepada masyarakat sivil.  Ini telah memberi kesan yang ketara kepada masyarakat sivil khususnya dalam mengekalkan kedudukan autonomi vis á vis kerajaan mereka.  Selain itu, mekanisme teratur bagi masyarakat sivil termasuk undang-undang, peraturan dan prosedur adalah mengurangkan ruang politik yang berpotensi bagi masyarakat sivil.  

Dengan wacana gerakan yang berubah, masyarakat sivil menyaksikan suatu perubahan signifikan dalam hubungannya dengan masyarakat politik, kerajaan dan perbadanan malahan di antara mereka sendiri.  Selaras dengan hubungan di antara kerajaan dengan masyarakat sivil, terdapat persamaan dari segi kepentingan dan agenda yang mana hubungan tersebut adalah cordial di peringkat kebangsaan, negara dan tempatan.  Ringkasnya, masyarakat sivil di India telah menyemarakkan ciri-ciri demokrasi terutamanya kebebasan sivil dan politik.  Reformasi penyertaan tadbir urus demokratik telah dimulakan misalnya enakmen Right to Information Acts, Public Service Guarantee Act, mekanisme akauntabiliti sosial seperti audit sosial, perancangan terpusat dan seumpamanya.  Pelbagai masyarakat sivil bukan sahaja memainkan peranan dalam membentuk akta, polisi dan program sedemikian tetapi juga secara tidak langsung membantu melaksanakan pembaharuan.
 
Selain itu, terdapat pertumbuhan dalam aktivisme sosial kelas menengah di bandar khususnya dalam kalangan golongan muda.  Gerakan anti-korupsi yang baru-baru ini dilancarkan di India mendesak badan kehakiman yang melibatkan golongan kelas menengah melakukan protes di jalan.  Kemunculan revolusi media cetak dan elektronik yang disokong oleh dasar kewangan korporat dan neo-liberal awam turut signifikan.  Memandangkan kebanyakannya adalah untuk memenuhi kepentingan kelas menengah, CSOs menggunakan ruang yang disediakan oleh media dengan sebaiknya.  Kegunaan teknologi dan media sosial khususnya oleh golongan muda di bandar juga telah menyumbang kepada mobilisasi sosial siber dan fizikal.  Trend yang berubah tersebut memperlihatkan banyak pemimpin korporat telah keluar secara terbuka untuk menyokong gerakan anti korupsi yang diadakan pada Ogos 2011 yang lalu.  Walaupun terdapat kelainan antara masyarakat sivil tradisional dengan gerakan baru, namun terdapat saluran perkongsian sumber, kepakaran, maklumat dan tindakan.

5.1       PERBANDINGAN MASYARAKAT SIVIL DI MALAYSIA DAN INDIA

Secara perbandingannya, kegiatan masyarakat sivil di Malaysia dan India adalah berbeza daripada segi persepsi atau penerimaan kerajaan terhadap kewujudan masyarakat sivil.  Penerimaan masyarakat sivil di Malaysia masih belum sampai ke tahap pemberian dana untuk menggerakkan kegiatannya seperti yang berlaku di India.  Namun, sumbangan dana ini walaupun dilihat sesuatu yang positif ke arah penambahbaikan demokrasi akan menjadi satu cabaran kepada masyarakat sivil.  Sumbangan dana yang berterusan akan mengakibatkan masyarakat sivil bergantung kepada pemerintah dan menghilangkan cirinya yang bebas daripada pemerintah sekaligus menjadikan peranannya sebagai watch dog kepada pemerintah akan terhakis.  

            Selain itu, cabaran kepada perkembangan masyarakat sivil di Malaysia masih lagi terhadap penggunaan undang-undang atau rule by law oleh pemerintah.  Hal ini berbeza dengan keadaan di India yang lebih terbuka dalam menerima teguran dan kehendak masyarakat sivil.  Namun, penentangan yang terlalu agresif oleh masyarakat sivil turut dibendung oleh pasukan keselamatan di India umpamanya ketika protes pembanterasan rasuah yang diketuai Anna Hazare.  Berkenaan penggunaan undang-undang atas faktor keselamatan dan kepentingan nasional ini, India dilihat lebih terbuka dan demokratik berbanding Malaysia.  Oleh kerana itulah ia memiliki kapasiti masyarakat sivil yang amat besar berbanding Malaysia.  Mungkin saiz populasi di India menjadikan ia logik untuk masyarakat sivil lebih besar jumlahnya berbanding Malaysia tetapi kelonggaran undang-undangnya turut menjadi salah satu faktor yang mendorong masyarakat sivil berkembang dengan pesat.

            Tumpuan masyarakat sivil di Malaysia dan India juga kelihatan agak berbeza kerana di Malaysia, penumpuan masih lagi terfokus kepada usaha untuk mengangkat hak-hak sivil dan politik rakyat dan realisasi demokrasi yang kompetitif.  Sedangkan di India, demokrasinya berlangsung dengan amat kompetitif dan merupakan salah satu negara sedang membangun yang kompetitif dalam amalan demokrasi.  Selain itu, demokrasi di India turut berjaya menukar parti pemerintah atau satu parti hegemonik sejak tahun 1970-an lagi manakala Malaysia terus berada di bawah sistem satu parti dominan iaitu BN.  Namun, trend terkini di kedua-dua negara memperlihatkan perkembangan teknologi maklumat khususnya teknologi internet telah menyumbang kepada pendemokrasian dan aplikasinya oleh masyarakat sivil dengan lebih cepat dan berkesan.  Jika penggunaan media baharu oleh masyarakat sivil ini berterusan momentumnya, pendemokrasian di kedua-dua buah negara akan menjadi lebih deras dan kompetitif.

6.1       RUMUSAN

Esei ini telah membandingkan dua buah negara iaitu Malaysia dan India dalam konteks demokrasi dan masyarakat sivil.  Penumpuan telah diberikan kepada kegiatan masyarakat sivil di kedua-dua buah negara.  Ia memperlihatkan trend yang berbeza dalam beberapa aspek seperti penerimaan parti pemerintah terhadap masyarakat sivil, kekangan undang-undang, penumpuan isu masyarakat sivil dan kekuatan jumlah masyarakat sivil.  Perbandingan mendapati masyarakat sivil di India lebih subur berbanding di Malaysia yang pada awalnya mempunyai banyak ciri sepunya seperti negara bekas tanah jajahan British, pernah dan sedang berada di bawah sistem satu parti dominan dan berada di rantau Asia yang kuat dengan nilai-nilai Asia.  Dengan keaktifan masyarakat sivil di India ini, kegiatan masyarakat sivil di Malaysia juga haruslah lebih aktif untuk menjadi watch dog yang efektif dalam mengawal pemerintah dan menjadi ruang partisipasi rakyat.  Selain itu, perbincangan konseptual demokrasi dan masyarakat sivil mendapati perbandingan ini amat membantu pemahaman konsep-konsep lain seperti kedaulatan undang-undang dan urus tadbir yang baik.  Perbandingan juga turut mendapati konsep kedaulatan undang-undang sesuai dioperasikan bersama dengan kajian di Malaysia manakala konsep urus tadbir yang baik sesuai dioperasikan dalam konteks kajian di India.  Konsep masyarakat sivil pula menunjukkan aliran pluralis lebih sesuai bagi memahami perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam kajian ini.  Selaras dengan perbincangan dan perbandingan ini, masyarakat sivil sememangnya merupakan agen yang amat penting dalam proses pendemokrasian di sesebuah negara.  Ia membantu masyarakat untuk lebih faham akan haknya sebagai warganegara selain mempercepatkan proses pendemokrasian.  Kesimpulannya, perbandingan negara Malaysia dan India ini menunjukkan pelbagai perbezaan dan persamaan sekaligus membuktikan bahawa peranan negara adalah amat penting dalam menentukan lambat atau cepat proses pendemokrasian vis á vis masyarakat sivil.          
  
  
RUJUKAN

Abdul Halim Ali.  2000.  Leadership and good governance.  Dlm.  Samsudin Osman, Zulkanain Awang & Sarojini Naidu.  Good governance: issues and chellenges, Hlm.  3-17.  Kuala Lumpur: National Institute of Public Administration.

Anand. Priya. 2004. Definition and Classification of the Indian Voluntary Sector. Paper presented at National Seminar on Syenergising the State, Market and Third Sector for Development. Bangalore.

Chandhoke. Neera.  2003. Conceities of Civil Society. Oxford University Press. New Dehli.

Chandhoke. Neera. 1995. The State and the Civil Society: Explorations in Political Theory. Sage Publication. New Delhi.

Hall, J.A.  1995.  Civil society: theory, history and comparison.  Cambridge: Polity Press.

Hwang, I. W.  2003.  Personalized politics: the Malaysian state under Mahathir. Singapore: Institute of South East Asian Studies.

Jain. L.C. 1986. Debates in the Voluntary Sector: Some Reflections, Social Action. Vol: 36: 404-416.

Jenkins, Rob, and Anne Marie Goetz. 1999b. “Accounts and Accountability: Theoretical Implications of the Right to Information Movement in India”, Third World Quarterly, vol. 20, no. 3, pp. 589-608.

Khoo Boo Teik.  1995.  Paradoxes of Mahathirism: an intellectual biography of Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Klitgaard, Robert. 1991. “Political Corruption: Strategies for Reform”, Journal of Democracy, vol. 2, no. 4 (Fall), pp 86-100 

Kothari, Rajni. 1990. “The Rise of People’s Movements”, Social Action, vol. 40, no. 3, pp. 232-40.

Mahajan. Vijay. 2000. Voluntary Action in India: A retrospective Overview and Speculations for the 21st Century. VANI. New Delhi.

Md. Salleh Md. Said, Mohammad Agus Yusoff, Leo Agustino & Jayum Jawan.  2011.  Masyarakat sivil dan pendemokrasian: perbincangan konseptual.  Jebat, Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 38(2): 119-137.

Oomen, T.K., 1996. 'State, Civil Society and Market in India: The Context of Mobilisation', Mobilisation: An International Journal, Vol.1.No.2.

PRIA.  2000.  Defining the Sector in India: Voluntary, Civil or Non-profit. PRIA. New Delhi.

PRIA.  2001.  Historical Background of the Non-profit Sector in India. PRIA. New Delhi.

PRIA.  2002.  Invisible, Yet Widespread: The Non-profit Sector in India. PRIA. New Delhi.

Reitz, J.  1997.  Constitutionalism and the rule of law: theoritical perspectives.  Dlm.  Grey, R.D.  Democratic theory and post-communist change, Hlm. 111-143.  New Jersey: Prentice Hall.

Robert, G. & Edwards, A.  (pnyt.).  1991.  A new dictionary of political analysis.  London: Edward Arnold Publication.

Saliha Hassan.  2000.  NGO, masyarakat sivil dan demokrasi.  Dlm.  Abdul Rahman Embong (pnyt.).  Negara pasaran dan pemodenan Malaysia, Hlm. 214-243.  Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sen, Siddartha.  1997.  'India', in L.M. Salamon & H.K. Anheier (eds.) Defining the Nonprofit Sector: A Cross-National Analysis. Manchester University Press: Manchester.

Sreedhara. T.N., & Rajaram Tolpady.  2003.  Towards An Understanding of Third Sector in India. Third Sector Research Resource Centre, University of Mysore, Mysore.
Tan, Lee Ooi.  2010.  Dinamik ruang siber dalam gerakan reformasi di Malaysia.  Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Zaini Othman.  2008.  Masyarakat sivil dan pendemokrasian.  Dlm.  Ghazali Mayudin.  Politik Malaysia: perspektif teori dan praktik. Ulang cetak.  Hlm. 39-59.  Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


DISEDIAKAN OLEH:                                                        

LIM CHEE JIE 
MOHAMAD HIDIR BIN MOHAMED 
MUHAMMAD RAHIMI BIN HASAN
MUNA SYAHIRAH BINTI MUSTAFAR KAMAL 
NATASHA LAI BINTI HAFIZ LAI
SYAZILA ATHIRA BINTI LOKMAN 



Ulasan