Nota Birokrasi Max Weber (Pengantar Pentadbiran Awam)

Soalan: Bincangkan ciri-ciri birokrasi Weber dan aplikasikan dalam mana-mana agensi. (Swasta atau kerajaan).

Latar belakang tokoh

  • Nama sebenar Max Weber ialah Maximillian Weber.Beliau dilahirkan pada 21 April 1864 di Enfurt Turingia,Jerman
  • Meninggal dunia pada 14 Jun 1920 di Munich Jerman.
  • Weber berasal daripada keluarga kelas menengah dan merupakan seorang ahli sosiologi serta penganalisis ekonomi Jerman yang terkenal.
  • Ayah beliau adalah seorang birokrat yang mempunyai kedudukan politik yang kuat dan ibunya pula seorang yang taat kepada agama.
  • Karya terkenal beliau The Prostestant Ethic and The Spirit of Capitalisme.


Definisi birokrasi

  • Konsep birokrasi mula digunakan pada awal abad ke-18 di Eropah Barat.Birokrasi asalnya daripada perkataan ‘bureau’ yang merujuk kepada pejabat iaitu tempat kerja bagi para pegawai awam.
  • Birokrasi digunakan sebelum Revolusi Peranchis iaitu pada tahun 1789 dan kemudiaanya berkembang ke negara-negara lain
  • Birokrasi merujuk kepada sebuah organisasi berstruktur,penuh dengan prosedur dan tatacara yang perlu diikuti sebelum mencapai tujuan dan matlamat bagi sesebuah organisasi.
  • Ini adalah berkait rapat dengan kecekapan,keberkesanan,kebajikan dan teknik pentadbiran dalam sesebuah organisasi.
  • Birokrasi dianggap sebagai satu saluran atau laluan yang sukar sebelum mencapai tahap selesa.
  • Seseorang perlu melalui prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi mencapai tujuan dan matlamat.


Konsep birokrasi Weber

  • Konsep birokrasi Max Weber terbahagi kepada tiga iaitu:
  1. birokrasi tradisional atau patrimonial bureaucracy (traditional authority),
  2. rasionalisme (rational legal authority)
  3. kuasa karismatik (charismatic authority).


  • Autoriti tradisional
  • Elemen kuasa tradisional adalah bersifat warisan atau bersandarkan kepada keturunan.
  • Perlantikan seorang pemerintah adalah berdasarkan kepada hieraki keluarga iaitu daripada seorang pemerintah kepada waris-warisnya.
  • Lazimnya perlantikan seumpama ini didominasi oleh masyarakat tradisi iaitu sebelum proses modenisasi berlaku.

  • Autoriti Perundangan Rasional
  • Rasionalisme (rational legal authority).Pelantikan seorang pemerintah atau pentadbir adalah secara rasmi melalui pemilihan sama ada secara tetap,kontrak ataupun sementara .
  • Perlantikan dalam konteks kuasa rasional ini bukanlah atas dasar kepentingan diri tetapi berdasarkan pelaksanaan hak secara sah.
  • Justeru kepatuhan masyarakat bukan kepada yang memegang kuasa tetapi kepada amalan rasmi yang menjamin kedudukan.


  • Autoriti Karismatik
  • Karismatik (charismatic authority).Sifat kuasa pemerintah karismatik adalah seseorang dilantik secara tidak rasmi dan kuasa yang diperolehi adalah dari hak dan perjuangan.
  • Ini adalah berbeza dengan rasionalisme kerana seorang pemimpin dilantik bukan berdasarkan undang-undang yang formal dan rasmi.
  • Bersifat karismatik yakni mempunyai personaliti istimewa dan ketokohan untuk menjadi seorang pemimpin.
  • Seorang pemerintah yang mempunyai ciri-ciri karismatik adalah seorang yang berpengaruh (insprition) tidak perlu kepada pemilihan atau penurunan kuasa melalui undang-undang tetapi dengan ciri-ciri kepimpinan dan pengaruhnya mampu memberikannya kuasa.

Ciri-ciri Birokrasi Max Weber


  • "Berskala hierarki"
  • Konsep “chain of command” (Tertinggi, pertengahan, bawahan)
  • Contoh:
    Arahan dikeluarkan oleh pengurusan tertinggi sebagai pembuat dasar , pegawai pengurusan profesional melaksanakan tugas di peringkat jabatan/bahagian masing-masing, manakala kakitangan sokongan akan melaksanakan tugas-tugas teknikal.

  • "Wujud pembahagian tugas"
  • Dikhususkan kepada jabatan /bahagian tertentu
  • Contoh:
    Bahagian kewangan diuruskan oleh akauntan, pentadbiran oleh Pegawai Tadbir Diplomatik, pembangunan oleh jurutera.

  • "Peningkatan gred/jawatan lebih tinggi berdasarkan pencapaian, kelayakan, kecekapan, pengalaman, dan kekananan"
  • Peperiksaan
  • Contoh:
    Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk menilai tahap kompetensi seseorang pegawai melaksanakan tugas yang mengambil kira faktor pengalaman dan tempoh bekerja.

  • "Aspek kebajikan"
  • Tanggungjawab pentadbir kepada pekerja (Bonus, ganjaran, insentif)
  • Contoh:
    Pengurusan tertinggi mendapat kemudahan elaun, kenderaan, pemandu ,utiliti dan tuntutan-tuntutan lain. Pegawai pertengahan.

Contoh Birokrasi Weber Masa Kini

  • Sekolah
  • Mempunyai ciri-ciri birokrasi yang diperkenalkan oleh Weber.
  • Antaranya ialah struktur hierarki, pembahagian tugas yang jelas, peraturan bertulis, promosi berdasarkan prestasi, kemahiran dan kepakaran.

  • Contoh struktur hierarki:

  • Pembahagian Tugas
  • Guru:
    -Terdapat kepelbagaian subjek atau matapelajaran.
    -Setiap matapelajaran diajar guru yang berbeza.
    -Mengikut bidang kemahiran dan kepakaran.
  • Pentadbir:
    -Pengetua, Guru Kanan Pentadbiran, Guru Kanan HEM, dan Guru Kanan Ko-K
    -Mempunyai peranan tugas dan tanggungjawab masing-masing megikut jawatan yang disandang.

  • Kemahiran dan Kepakaran
  • Bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mengenai pengetahuan dan kemahiran umum dan khusus serta nilai-nilai peribadi supaya berkebolehan membuat analisis dan keputusan dengan baik.
  • Memastikan pentadbiran lebih licin dan berkesan.
  • Contoh:
    -Kursus Induksi Perguruan:
    - bertujuan untuk memastikan pemantapan kerja megikut prosedur kerja yang betul.
    - Meningkatkan pengetahuan tentang jawatan yang baru disandang.

  • Peraturan Bertulis
  • Diwujudkan bertujuan mendisiplinkan pelajar.
  • Pelajar harus mengikuti peraturan yang ditetapkan bagi mengelak tindakan tatatertib.
  • Contoh:
    -Murid-murid wajib memakai pakaian seragam sekolah yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan.
    -Rambut murid-murid hendaklah sentiasa bersih, kemas dan fesyennya hendaklah sesuai dengan pelajar sekolah.

  • Promosi Berdasarkan Prestasi
  • Kenaikan jawatan diberikan berdasarkan penilaian gerak kerja yang baik.
  • Memastikan pentadbiran dan pengajaran yang baik.
  • Contoh:
    Kenaikan pangkat ke Gred DG44
    Guru Bahasa DG41 (dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda)
    - disahkan dalam perkhidmatan;
    -berkhidmat sekurang-kurangnya 7 - 10 tahun di Gred DG41
    -Mencapai tahap prestasi Latihan Nilaian Prestasi (LNP) 3 tahun ke belakang pada tahap 80% ke atas:
    -Sahsiah
    -Gerak kerja
    -Lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan (PTK 1 atau PTK 2);
    -Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Kesimpulan

  • Birokrasi sering difahami dalam dua perspektif, iaitu daripada sudut pandangan positif dan negatif.
  • Birokrasi secara umum dapat dimaknai sebagai sistem kerja organisasi baik publik mahupun swasta yang mengatur ke dalam mahupun keluar organisasi. Aturan-aturan tersebut diciptakan dalam rangka menciptakan ketertiban dalam proses interaksi sosial antara manusia.
  • Weber merupakan ahli sosiologi yang memperkenalkan idea tentang birokrasi. Jika diteliti mengenai birokrasi Weber, ia adalah relevan berdasarkan ciri-ciri yang digariskan seperti pembahagian tugas, struktur hierarki dan lain-lain.
  • Sehingga kini idea birokrasi weber masih lagi diaplikasi di dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Disediakan oleh:

Mohamad Hidir Mohamed, Mohamad Zulhyishyaimi Mohammed Nordin, Narisah Yusoff & Izyan Nur Fatin Mohd Kamal

Ulasan