Nota Manfaat Dasar Penswastaan (Pengantar Pentadbiran Awam)

Soalan: Dasar penswastaan diandaikan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien. Bahaskan.

Penswastaan
  • Proses penarikan diri oleh kerajaan daripada penglibatan dalam pengeluaran barangan dan penyediaan perkhidmatan
  • Pemindahan kepentingan atau pelaburan tertentu kerajaan kepada swasta
  • Kepentingan bersama- kerajaan dan rakyat
  • Pengurangan campur tangan kerajaan dalam kegiatan ekonomi
  • Strategi polisi negara untuk:
    i.Mengalih kuasa di kalangan pelbagai institut
    ii.Mengubah kapasiti struktur kerajaan dan tanggungjawab
    iii.Penyusunan semula institusi pembuat keputusan
  • Kuasa membuat keputusan beralih kepada swasta.
  • Berlainan dengan konsep pemiliknegaraan.
  • Ke arah pemilikan harta sendiri dan pelepasan harta kerajaan
  • Diperkenalkan oleh Ronald Reagen dan Margaret Thatcher:
    –Menyokong pasaran bebas
    –Elemen-elemen anti komunis
  • Contoh:
    –British Petroleum, British Gas, British Telecom

Objektif Penswastaan

  • Mengurangkan Bebanan Kewangan Kerajaan
  • Meninggikan Kecekapan Dan Penghasilan Kerja
  • Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi Dan Kekesanan Negara
  • Pembahagian Sumber Serta Kecekapan
  • Mempercepatkan Pencapaian Matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Bentuk Penswastaan

  • Penjualan perbadanan milik kerajaan
  • Polisi deregulation dan liberalisation
  • Franchising dan pemberian kontrak
    –Penswastaan pengurusan
    –Pajakan
    –Pemberian kontrak

Alasan-alasan ke Arah Penswastaan

  • Kelemahan kerajaan
    –Beban dan tanggungjawab yang berlebihan
    –Pentadbiran dan pengurusan yang lambat
    –Rasuah dan penyelewengan
    –Tidak berdisiplin
    –Campur tangan politik
  • Krisis kewangan
    –Hutang meningkat
    –Perbelanjaan meningkat pendapatan kurang
    –Kemelesetan ekonomi
  • Kebajikan rakyat
    –Perkhidmatan tidak berkualiti

Kelebihan penswastaan (Pentadbiran)

  • Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan organisasi
  • Mendapatkan sokongan popular
    –Melahirkan masyarakat sivil dan kelas-kelas pertengahan
  • Mengurangkan campur tangan kerajaan dalam pentadbiran- pihak swasta membuat keputusan sendiri
  • Mengurangkan birokrasi
  • Mengurangkan monopoli-galak persaingan
  • Proses membuat keputusan lebih cepat
  • Lebih berdisiplin
  • Mengurangkan campur tangan politik (orang yang berkepentingan)

Kelebihan Penswastaan (Ekonomi)

  • Pengurangan perbelanjaan negara
    -Organisasi awam- jumlah pekerja ramai
    -Tidak dapat menjana pendapatan (memberi perkhidmatan)
    -Mengecilkan saiz organisasi-mengurangkan jumlah pekerja
    -Kerajaan tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membayar gaji dan urus organisasi yang tidak beri keuntungan
  • Meningkatkan pendapatan negara
    -Cukai-cukai daripada syarikat-syarikat swasta
    -Kemasukan pelaburan asing meningkatkan pendapatan
  • Meluaskan pemilikan aset-aset ekonomi
    –Membenarkan pemilikan bersama dilakukan berasaskan kepentingan sesebuah negara
  • Desentralisasi ekonomi
    –Mengurangkan peranan kerajaan dalam ekonomi
    –Persaingan lebih kompetitif
    –Pilihan yang lebih banyak untuk mencapai kepuasan
    –Bayar lebih untuk dapat perkhidmatan monopoli
  • Menarik pelaburan baru
    –Kelonggaran kepada pelabur-pelabur asing (undang-undang)
  • Mempercepat pembangunan ekonomi
    –Kombinasi kerajaan dan swasta- mempercepat pembangunan ekonomi dan fizikal
    –Pemberian projek-projek kepada swasta
    –Pertukaran teknologi mempercepat kemajuan (menguntungkan swasta)

Kelebihan Penswastaan (Sosial)

  • Meningkatkan efektif dan produktiviti
    –Perkembangan teknologi baru memudahkan urusan
    –Mencerminkan sikap positif pekerja terhadap majikan
    –Mempercepat projek- lebuhraya dan jalan raya
    Contoh: pelabuhan di Tanjung Lepas di Johor disiapkan lebih awal daripada 6 bulan yang ditetapkan. Pembinaan lebuhraya Damansara-Puchong disiapkan dalam 28 bulan lebih awal daripada 36 bulan yang ditetapkan.
    –Penggunaan sumber yang lebih baik
    –Perubahan teknologi dan kos pengeluaran meningkat
    Contoh: pembangunan Pejabat Kerajaan Persekutuan Putrajaya
  • Memperbanyak peluang pekerjaan
    –Menerusi pelbagai projek kerajaan seperti pembinaan, telekomunikasi, perkhidmatan dan pengangkutan
  • Meningkatkan kualiti dan maklum balas terhadap aduan pengguna
    –Meningkatkan kualiti melalui pelaburan terhadap teknologi
    –Bertindak balas dengan cepat kepada aduan orang ramai
    –Perhatian yang lebih mendalam kepada permintaan pengguna
  • Manfaat kepada orang ramai
    –Perkhidmatan yang lebih cepat
    –Kemudahan yang lebih efektif dan luas
    –Contoh: Kereta Api Tanah Melayu Berhad(KTMB)
    Memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna, pembinaan lebuhraya dan jalanraya, pengurusan dan operasi Kl Sentral-menambah baik perkhidmatan dan kemudahan pertukaran penumpang
  • Manfaat kepada kerajaan
    –Penjimatan perbelanjaan modal berjumlah RM28 bilion
    –Penjimatan dana awam membolehkan kerajaan mengagihkan semula sumber yang terhad
  • Meningkatkan penyertaan bumiputera
    –Peruntukan sebanyak 30% ekuiti usahawan
    –Peluang ditawarkan
  • Mengurangkan kesesakan dalam pentadbiran dan menggalakkan persaingan
    Contoh: media prima bersaing dengan RTM, Terminal Kontena Pelabuhan Klang meningkatkan kecekapan mereka dalam aktiviti memunggah kargo. Jika dahulunya, KCT mengambil masa selama 11.7 jam bagi memunggah kargo dari sebuah kapal di terminal tersebut. Namun begitu, masa telah dapat dikurangkan kepada 8.9 jam setelah dua tahun diswastakan

Kesimpulan

  • Sektor swasta telah banyak membantu meningkatkan tahap pengurusan sekaligus mengurangkan beban negara
  • Selain memberi peluang pekerjaan, sektor swasta juga membantu meningkatkan pendapatan negara.
  • Kecekapan dan produktiviti telah menyebabkan sektor swasta ini menunjukkan prestasi yang cemerlang
  • Kesimpulannya, perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor swasta lebih efisien.

Disediakan oleh:

Dinesh Daniel, Siti Noor Fiqah Jaari & Natasha Lai Hafiz Lai

Ulasan