Nota Kelemahan Dasar Penswastaan (Pengantar Pentadbiran Awam)

Soalan: Dasar Penswastaan diandaikan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien. Bahaskan.

Aspek Ekonomi
  • Sistem Tender terbuka
  • Amerika mengamalkan sistem tender terbuka-menggalakkan persaingan,inovasi,kemasukan teknologi dan kepakaran
  • tidak berlaku di Malaysia-tiada persaingan kerana syarikat-syarikat yang diberikan hak penswastaan adalah telah dipilih secara budi bicara-rasuah,hadiah dsb. Utk dpt dan kekalkan tender
  • Monopoli oleh syarikat-syarikat besar seperti TNB,Telekom Malaysia,Air,dan sebagainya akan menjadi pemonopoli perkhidmatan-kewangan yang kukuh.
  • Dasar utk berikan perkhidmatan terbaik,maka kos operasi akan meningkat-menaikkan tarif yang membebankan rakyat-kos sara hidup meningkat.
  • Syarikat monopoli-bekalkan perkhidmatan yang baik-bermotifkan keuntungan,tidak mengambilkira masalah rakyat yang berpendapatan rendah
  • Tidak berlaku persaingan,hanya satu syarikat yang memonopoli-sistem pasaran kapitalis(yang lemah akan terkeluar dari pasaran).

Aspek Politik

  • DEB bermatlamat memberi keutamaan kepada bumiputera dari segi pengagihan sumber-sumber ekonomi
  • kekangan penyertaan orang Melayu dalam bdang perniagaan sebelum DEB adalah akibat kekurangan rangkaian perniagaan untuk mereka
  • Menurut Jomo (1989), UMNO merupakan parti yang paling banyak menikmati faedah dr dasar tersebut.
  • Contoh:lesen rangkaian televisyen, projek lebuhraya Utara Selatan
  • Contoh syarikat: United Engineers Malaysia (UEM) & Fleet Group

Aspek Sosial

  • Tiada penawaran tender terbuka. Di Malaysia lebih mengamalkn konsep ‘1st come 1st served’. Peluang penswastaan telah dipilih berdasarkan hubungan politik dan persendirian. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan berlakunya penyelewengan kuasa dan rasuah. Seterusnya sikap dan integriti seorang pemimpin dipertikaikan.
  • Apabila sesuatu penswastaan berlaku, syarikat akan melakukan rombakan dan pengubahsuaian operasi. Dalam hal ini, lebihan kakitangan akan dibuang bagi membolehkan kos operasi dapat dikurangkan. Dalam keadaan seperti ini, ia juga menjejaskan kuasa beli pengguna kerana kehilangan pekerjaan dan pendapatan.
  • Menyebabkan kebebasan dalam bidang penyiaran dan penerbitan. Kewujudan televisyen dan radio swasta merancakkan lagi bidang penyiaran negara dan majalah-majalah hiburan yang telah mempengaruhi minda masyarakat.
  • Penswastaan membawa kepada kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan atas alasan ekonomi. Maka ia tidak mampu membasmi kemiskinan malah meningkatkan pengangguran.

Kesimpulan

  • Kebanyakan perkhidmatan awam adalah monopoli semulajadi (tulen), di mana harga tidak ditetapkan berdasarkan kriteria keuntungan semata-mata. Perkhidmatan awam juga disediakan berdasarkan pertimbangan penting dari segi kebajikan sosial dan sokongan politik.
  • Sektor awam boleh diuruskan degan lebih cekap seperti dibuktikan oleh beberapa negara asing dan negara kita sendiri. Selain itu, penswastaan belum lagi boleh dibuktikan sbg solusi segala masalah dalam sektor awam.
  • Memang tidak dinafikan dasar penswastaan memberikan banyak manfaat, terutamanya bagi melicinkan tadbir urus negara dan mengurangkan beban kewangan kerajaan.
  • Namun, kaedah pelaksanaan dasar penswastaan ini perlulah lebih mementingkan aspek-aspek keperluan individu dan kebajikan rakyat, berbanding dengan matlamat mementingkan keuntungan semata-mata.

Disediakan oleh:

Nor Nadiah Mansor, Muhammad Rashdan Othman & Mohd Najib Samingin

Ulasan