Nota mengenai teori-teori kewajipan politik

TEORI PERJANJIAN SOSIAL (Social contract theory)

kewajipan politik pada pihak yang diperintah dan pemerintah wujud hasil kontrak sosial oleh sekelompok manusia. muafakat antara ahli-ahli dalam kelompok tersebut telah mengikat mereka dengan kewajipan politik tersendiri. kewujudan perjanjian sosial ini membantu masyarakat untuk mempunyai kejelasan peranan mereka dalam sesebuah struktur sistem politik. kesan daripada perjanjian sosial ini juga ialah kewajipan kepada kelompok atau generasi seterusnya untuk mengikutinya. inilah yang disebut oleh Rousseau yang terkenal dengan karyanya Du Contract Social sebagai konvensyen asal.

sifat alami manusia seperti yang diterangkan oleh Thomas Hobbes juga boleh dijadikan penerang kepada teori ini. Hobbes berpendirian bahawa manusia secara alaminya dalam keadaan kucar-kacir (state of war). Maka, untuk mengamankan keadaan, kelompok manusia buas ini bermuafakat untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan melalui konsep Leviathan. konsep ini memerlukan semua manusia menyerahkan kuasa kepada pemerintah yang berkuasa mutlak dan kuat untuk menjaga hak-hak mereka. maka, sebagai yang diperintah, rakyat wajib mematuhi undang-undang, arahan dan tertib si pemerintah selagi ia tidak melanggar atau membahayakan keadaan aman yang mereka perolehi. pemerintah pula harus menjaga hak-hak golongan yang diperintah.

oleh itu, kontrak sosial ini memberikan kewjipan-kewajipan politik kepada pemerintah dan rakyat agar kerajaan yang dibentuk merupakan kerajaan yang kuat.

TEORI PERSETUJUAN (Consent Theory)

teori ini cukup sekadar melihat kerelaan dan persetujuan masyarakat untuk mematuhi undang-undang pemerintahan tanpa sebarang paksaan. hal ini dapat dilihat daripada keadaan politik masa sekarang iaitu dalam konteks masyarakat yang berskala besar saiz kependudukannya dalam sebuah negara yang ditadbir sesebuah sistem politik.

di Malaysia contohnya, pelbagai bentuk undang-undang yang memerlukan rakyat membayar cukai dan larangan-larangan berbentuk pengawalan moral menunjukkan persetujuan rakyat untuk mengekalkan kestabilan ekonomi negara dan memelihara kesopanan dan kesusilaan.

TEORI-TEORI KEWAJIPAN TANPA PERSETUJUAN ( Non-consensual Obligation Theory)

individu-individu dalam teori ini tidak mempunyai pilihan lain untuk tidak mematuhi kewajipan-kewajipan politik. ianya masih lagi boleh jelas diterangkan dengan melihat daripada perspektif pemerintah dan yang diperintah. Contoh terbaik ialah dalam Zaman Kolonial, yang mana di Tanah Melayu suatu masa dahulu seluruh masyarakat tidak kira daripada golongan raja, bangsawan mahupun rakyat biasa perlu patuh kepada undang-undang yang dikenakan oleh pihak British setelah perjanjian-perjanjian seperti Perjanjian Pangkor.


TEORI-TEORI NEGATIF (Negative Theories)

teori ini menekankan kaedah atau pendekatan untuk mewajibkan sesuatu perkara kepada rakyat. pernyataan yang mengandungi arahan ini dinytakan dalam bentuk negatif. contohnya,
  • rakyat perlu patuh selagi kerajaan tidak zalim (negatif)
  • rakyat perlu patuh selagi kerajaan menjaga kebajikan ia sama juga seperti,
  • gelas itu separuh kosong (negatif)
  • gelas itu separuh berisi (positif)

Ulasan