Nota tentang Soekarno (Falsafah Politik)
SOEKARNO (1901-1970)
- Sukarno merupakan seorang pejuang nasionalis.
- Sukarno dilahirkan pada 6 Januari 1901 di Blittar , jawa timur.
- Ibunya berketurunan Bali dan ayahnya iaitu Raden Sukemi berketurunan jawa dan berkhidmat sebagai guru.
- Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Tinggi Belanda, Surabaya.
- Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Tinggi Bandung dalam bidang kejuruteraan antara tahun 1921-1925.
- Sukarno meninggal dunia pada bulan jun 1970.
"Kegiatan Politik"
- Pada 4 Julai 1927, beliau telah menubuhkan Parti Nasional indonesia (PNI) dengan bantuan Dr. R.M Sartono dan Dr. Tjipto Mangun Kusomo selepas menarik diri dari menjadi anggota Sarekat Islam.
- Matlamat PNI adalah untuk menyatukan semua parti nasionalis agar menuntut kemerdekaan penuh dan menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi serta menentang fahaman imperialis dan kapitalis.
- Awal tahun 1929, Pni mengalami perkembangan pesat di bawah pimpinan Sukarno.
- Melalui pidatonya, sukarno berjaya mengumpulkan sejumlah 10 000 orang ahli dan pengarun PNI telah meluas dari Pulau Jawa ke Wilayah-wilayah sumatera Timur.
"Pancasila"
- Diperkenalkan oleh Sukarno pada 1 Jun 1945 di hadapan para anggota Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan Kemerdekaan Sukarno
- 5 prinsip pancasila:
- Kebangsaan (nasionalisme)
- Kemanusiaan
- Muafakat atau demokrasi
- Keadilan Sosial
- Percaya kepada Tuhan
"Peranan Rakyat"
- Berdasarkan falsafah pancasila
- rakyat mengakui persamaan darjat, hak dan kewajipan diantara satu sama lain.
- rakyat berperanan menjaga persatuan dan kesatuan Republik
- rakyat mengutamakan kepentingan negara dan masyarakat
- rakyat hendaklah bersikap adil terhadap sesama manusia.
"Pemerintahan Terbaik"
- Corak pemerintahan yang dibawa oleh Soekarno ialah demokrasi terpimpin.
- Demokrasi terpimpin akan wujud apabila keburukan yang diakibatkan oleh fahaman liberalisme disedari.
- Demokrasi yang dipimpin ini adalah berdasarkan kepada Pancasila atau dikenali sebagai demokrasi pancasila.
- Pemerintah yang dilantik haruslah seorang yang berwibawa dan mampu memimpin perjuangan dalam menuntut kehendak rakyat.
- Demokrasi liberal memperlihatkan berlakunya kekacauan, porak-peranda, perpecahan disebabkan mempunyai lebih banyak kebebasan dan sebagainya.
- Demokrasi terpimpin yang yang berdasarkan kepada Pancasila akan menghilangkan sifat-sifat liberalisme di dalam demokrasi.
"Negara Ideal"
- Negara Ideal menurut Soekarno adalah kearah pembangunan masyarakat yang adil dan makmur.
- Berdasarkan kepada 5 prinsip Pancasila.
- Memberi hak perwakilan kepada golongan fungsional dan Dewan Nasional iaitu Dewan Perancang Nasional.
- Parlimen gotong-royong juga telah dibentuk.
- Semua parti harus diwakili di dalam kabinet gotong-royong
- Mereka harus bekerjasama dalam mencapai keputusan melalui musyawarah Pancasila dapat diterima sebagai ideologi nasional kerana sifatnya yang menyatukan berbagai kelompok masyarakat, memberi arah dan pedoman tingkah laku dalam kehidupan berbangsa dan bernegara serta menjadi prosedur penyelesaian konflik.
Ulasan
Catat Ulasan