Nota Ciri Pemimpin Karismatik (Pengantar Pentadbiran Awam)
Soalan: Sejauh mana sifat pemimpin karismatik membantu kecemerlangan pentadbiran organisasi dari aspek 'teamwork'. Bincangkan.
Definisi Karisma
- Daya penarik yang berupa sifat- sifat tertentu yang dimiliki oleh seseorang yang menjadikannya berupaya mempengaruhi orang lain.
- Sebuah bentuk pengaruh yang bukan didasarkan pada tradisi atau otoriti formal tetapi lebih kepada persepsi pengikut bahawa pemimpin dianugerahkan dengan kualiti yang luar biasa (Max Weber, 1947).
- Suatu hasil persepsi para pengikut yang dipengaruhi oleh kemampuan-kemampuan semulajadi dan perilaku daripada para pemimpin dalam konteks situasi kepemimpinan dan dalam keperluan individual mahupun kolektif para pengikut (Yukl, 1994:269).
Jenis- jenis pemimpin karismatik
- Pemimpin karismatik Visionari.
- Pemimpin karismatik berasaskan kritik.
Pendapat oleh Stephan P. Robbin (2000)
- yakin diri
- satu visi (menetapkan matlamat)
- mempunyai keupayaan untuk menyampaikan visi
- penegasan terhadap visi
- sifat luar biasa
- dianggap sebagai agen perubahan
- sensatif terhadap persekitaran
- menyelesaikan masalah secara luar norma
Ciri-ciri pemimpin karismatik
- Sankowsky (1995) meletakkan 4 ciri pemimpin berkarisma:
- Omnipotent
- Mystical
- Heroic
- Value-driven
''Omnipotent''
- Seorang pemimpin perlu mempunyai sifat nurturing in guidance iaitu sifat mendidik dan memberi panduan kepada pekerja.
- Kesalahan pekerja dalam tugasannya akan diperbetulkan oleh majikan.
- Pemimpin tidak harus mempunyai sikap menghukum sebaliknya memberi pengajaran kepada pekerja.
- Pekerja berasa selasa bekerja dengan majikan dan hal ini mendorong pekerja untuk lebih komited dalam tugasan.Keadaan ini menjamin kecemerlangan organisasi.
''Mystical''
- Pemimpin berkebolehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi organisasi termasuk masalah yang tidak diduga (leader must know what to do).
- pemimpin mampu meramal masalah yang akan dihadapi oleh organisasi dan mempunyai strategi alternatif untuk menyelesaikan masalah.
- Pekerja meletakkan kepercayaan kepada pemimpin dalam mentadbir urus organisasi.
- Pekerja dan pemimpin bekerjasama dalam menangani masalah yang dihadapi organisasi, seterusnya dapat memperkasakan organisasi.
''Heroic''
- Pemimpin perlu mempunyai keazaman yang tinggi dalam mencapai objektif organisasi.
- Hal ini mendorong pemimpin memikirkan pelbagai metode yang sesuai untuk merealisasikan matlamat organisasi.
- Pemimpin juga perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan dasar yang mampu memajukan organisasi.
- Pekerja akan menyokong idea yang diketengahkan oleh pemimpin dan berusaha melaksanakan dasar ditetapkan.
''Value driven''
- Merujuk kepada sifat pemimpin yang mempunyai nilai moral seperti budi baik, tidak angkuh.
- Pemimpin juga percaya kepada collective action iaitu yakin kepada tugas yang diberikan kepada pekerja.
- Sentralisasi kuasa- pekerja terlibat sama dalam proses membuat keputusan dimana cadangan yang diketengahkan oleh pekerja dipertimbangkan.
- Keputusan yang diperolehi lebih menguntungkan organisasi.
Ciri-ciri Penting lain bagi seorang Ketua
Berpengetahuan
- Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan , seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan.
- Himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.
- Contoh : berpengetahuan teknologi
- Pemimpin boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya , dan bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja kompleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.
- Menggunakan akal kebijaksanaan.
Pendorong
- Untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi, seseorang pemimpin perlu memberi dorongan kepada pekerjanya.
- Sebagai usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik
- gelagat/ sikap yang ada pada pekerja boleh dikesan dan dikenalpasti oleh pemimpin.
- Model oleh Abraham Maslow – “tingkat kehendak Maslow”: meletakkan manusia sebagai makhluk yang mempunyai peringkat tertentu.
Nilai dan etika
- Untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi, seseorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika- merumus, memperjelas and menghayati budaya kecemerlangan di dalam organisasi.
- Perlu peka menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan serta budaya cemerlang.
- Pemimpin perlu merangka panduan nilai dan etika supaya dapat membawa organisasi ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang diinginkan.
- Pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat.
Kesilapan dalam kepimpinan
- Adalah suatu kesilapan sekiranya seseorang pemimpin itu melibatkan diri secara langsung dengan perkara-perkara yang sepatutnya menjadi tanggungjawab orang di bawahnya. Ini menyebabkan mereka kurang menghormatinya.
- Mengeluarkan arahan yang tidak dijelaskan terlebih dahulu. Cara yang paling sesuai ialah membincangkan setiap arahan yang ingin dikeluarkan terlebih dahulu dan meminta pendapat pendapat ahli kumpulan.
- Memaksa orang-orang bawahan untuk taat kepada seseorang pemimpin, kerana ini boleh menjejaskan inisiatif mereka.
Kesimpulan
- Selain peranan daripada faktor-faktor lain dalam mencapai matlamat organisasi, kepimpinan karismatik merupakan unsur dalaman yang menjadi faktor utama ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.
- Kejayaan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi
- Akhir kata, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.
Disediakan oleh: Mohd Anuar Mohd Nordin, Nengcy Junit & Zaharul Abdullah
siapakah contoh pemimpin yang berkarismatik?
BalasPadamDalam politik, ciri-ciri pemimpin karismatik terdapat dalam diri
BalasPadamTun Dr. Mahathir Mohamad
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Adolf Hitler
Margaret Tatcher