Nota Teori Motivasi A. H. Maslow (Pengantar Pentadbiran Awam)

Soalan: Bincangkan teori motivasi Maslow dalam melahirkan kecekapan pengurusan organisasi.

Pengenalan
  • Pengertian organisasi : sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan.
  • Menurut Daft (1997) sebuah organisasi sebagai suatu entiti sosial yang berarahkan matlamat dan mempunyai struktur yang disengajakan.
  • Pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat organisasi mengikut cara yang berkesan dan cekap.
  • Dari segi istilah, “motivation” atau dorongan adalah perkataan Inggeris yang diambil daripada perkataan Latin movere bermaksud “menggerak” .
  • Porters dan Steers (1979) mendefinisikan motivasi sebagai, “sesuatu yang memberangsangkan, mengerakkan dan mengekalkan perlakuan dan tingkah laku”.
  • Pengetahuan tentang teori dan proses motivasi membolehkan pengurus memahami tingkah laku pekerja.
  • Seseorang pengurus meramal dan seterusnya mengawal tingkah laku.
  • Pengurus mengendalikan organisasinya dengan lebih berkesan dan cekap apabila motivasi pekerja berjaya dipertingkatkan.

Abraham Harold Maslow

  • lahir pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York.
  • Mengikuti pengajian psikologi di Universiti Cornell, Universiti Wisconsin-Madison.
  • Mendapat ijazah sarjana muda pada tahun 1930, peringkat sarjana pada tahun 1931 serta diiktiraf dengan gelaran doktor falsafah pada tahun 1934.
  • berkahwin dengan Bertha Goodman dan mempunyai dua orang anak.
  • merupakan antara pengasas kepada Institut Esalen di California.meninggal dunia pada 8 Jun 1970, akibat serangan jantung

Teori Hierarki Keperluan Maslow

  • Mengikut Maslow, individu dimotivasikan untuk memenuhi lima tingkat keperluan mengikut keutamaan.
  • Keperluan di peringkat bawah menguasai kelakuan seseorang dan akan berusaha untuk mendapat atau menyempurnakannya terlebih dahulu.
  • Keperluan di peringkat atas hanya menjadi utama apabila keperluan di peringkat bawah telah diperoleh dan dipenuhi.


Keperluan Psikologi

  • Manusia perlu memenuhi keperluan asas.
  • Mengikut Maslow, manusia sama ada dalam hidupnya ataupun bekerja dalam organisasi akan berusaha mendapatkan keperluan asas terlebih dahulu.
  • Selagi keinginan ini tidak dipenuhi, seseorang akan bertindak demi mendapatkan kepuasan keinginannya.

Keperluan Keselamatan

  • Keinginan yang tergolong dalam keinginan keselamatan ialah kestabilan, pergantungan, perlindungan, bebas daripada ketakutan dan kebimbangan.
  • Termasuk keinginan kepada struktur, peraturan, undang-undang, had-had dsb.
  • Manusia perlu hidup dan bekerja bebas daripada bahaya, ancaman dan tekanan.
  • Manusia memerlukan persekitaran yang selamat supaya kehidupan dan kerja seharian mereka berkeadaan terjamin.

Keperluan Kasih Sayang dan Sosial

  • Manusia memerlukan kemesraan, sokongan moral, dan perasaan kekeluargaan daripada orang-orang di sekeliling mereka.
  • Manusia yang bertugas dalam organisasi memerlukan pihak pengurusan yang dapat menghayati keperluan mereka, peka terhadap masalah yang mereka hadapi serta memberi sokongan moral terhadap tugas yang sedang dijalankan.
  • Jika keperluan sedemikian tidak disediakan secara memuaskan, ahli-ahli organisasi akan bertindak dan menjejaskan perjalanan organisasi.

Keperluan Penghargaan Diri

  • Maslow memecahkan keperluan ini kepada dua kategori :
    -keperluan untuk penghormatan.
    -keperluan kepada nama baik (good reputation).
  • Manusia memerlukan kewibawaan dalam menjalankan tugas.
  • Mahukan sumbangan dianggap penting dan diberi penilaian yang tinggi.
  • Jika sumbangan tidak diiktiraf dan disanjung sewajarnya oleh pihak pengurusan, minat dan motivasi pekerja untuk berkhidmat dalam organisasi akan menjadi lemah.

Keperluan Pencapaian Hasrat Diri

  • Maslow menyatakan keperluan ini adalah untuk :
    “ for strength, for achievement, for adequacy, for confidence in the face of the world, and independence and freedom ”.
  • Manusia memerlukan sesuatu yang dapat mengembangkan potensi kebolehan mereka untuk mendapat pencapaian yang paling tinggi.
  • Dalam organisasi, pekerja mengharapkan pihak pengurusan akan melengkapkan atau meningkatkan infrastruktur yang terdapat dalam organisasi supaya dapat meningkatkan potensi dan kebolehan mereka.
  • Jika gagal,mereka akan berasa kecewa dan menjejaskan produktiviti dan prestasi individu serta organisasi.

Kepentingan Motivasi

  • Steers & porter (1975) menyatakan pengetahuan motivasi penting kepada mereka yang berurusan dengan manusia-mengurus,mentadbir atau mengetuai satu-satu kumpulan manusia.
  • Membantu individu berkenaan ke arah pengurusan pentadbiran dan penyeliaan yang lebih berkesan dan cekap.
  • Hasilnya ialah peningkatan prestasi dan kepuasan kerja.
  • Melalui pekerjaan pula akan memberikan pengertian peribadi kepada individu, iaitu sebagai punca identiti, kehormatan diri dan lain-lain.
  • Kepentingan motivasi dalam perlakuan kerja dapat dilihat pada tiga pembolehubah dalam organisasi :
    -individu itu sendiri
    -keadaan pekerjaan
    -persekitaran kerja

Kesimpulan

  • Teori Maslow lebih banyak berlandaskan kepada keinginan manusia yang bersifat tabii dan universal.
  • Keperluan atau keinginan mesti dipenuhi dan dicapai bagi kesempurnaan perjalanan individu.
  • Teori ini memainkan peranan yang besar kepada mereka yang berurusan dengan manusia sama ada mengurus, mentadbir atau mengetuai.

Disediakan oleh:

Mohd Raimi Josri, Asmida Sha'ri & Mohamad Johari Muhamad

Ulasan