Nota Ideal Type Weber (Pengantar Pentadbiran Awam)

Soalan: Huraikan konsep ideal type Weber dalam menjelaskan autoriti dan bagaimana rasional undang-undang menjadi pilihan untuk melihat masyarakat moden.

Pengenalan kepada Max Weber
  • Seorang ahli sejarah sosial yang berbangsa Jerman dan amat berpengaruh dan juga seorang pemikir dalam bidang politik ekonomi.
  • Menghasilkan karya yang agung menerusi buku beliau iaitu The Theory of Social and Economic Organization (1924 - 1947).
  • Weber juga memperkenalkan konsep birokrasi dan menggariskan ciri – ciri birokrasi yang bersifat unggul atau ideal type.

Apa itu birokrasi?

  • Istilah birokrasi bermula digunakan sebelum Revolusi Perancis pada tahun 1789 dan dari sini, tersebar dengan pantas ke negara – negara yang lain.
  • Biro yang digunakan pada awal abad ke 18 di Eropah Barat merujuk kepada tempat bekerja.
  • Perkataan krasi datang daripada bahasa Greek iaitu kratia atau kratos yang bermaksud kuasa atau pemerintahan.
  • Oleh itu, birokrasi pada dasarnya bermaksud kuasa pejabat atau pemerintahan pejabat, iaitu pemerintahan golongan pegawai.

Konsep Asas

  • Weber mendefinisikan autoriti sebagai kebolehan untuk melaksanakan sesuatu kehendak dengan menyuruh seseorang untuk melaksanakannya.
  • Autoriti merujuk kepada hubungan kuasa di mana pemerintah, orang yang mahu kehendaknya dilaksanakan percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk menggunakan kuasa
  • Yang diperintah mengiakan tanggungjawab mereka untuk patuh kepada arahan pemerintah
  • Untuk memahami idea Weber tentang birokrasi, kita seharusnya melihat kepada jenis- jenis idea Weber (Ideal Type Weber ).
  • Terdapat 3 jenis Ideal Type Weber iaitu
  1. Autoriti tradisional: adalah seperti yang terdapat pada keadaan di mana dunia yang belum moden, misalnya kuasa tradisi raja yang diwarisi secara turun – temurun.
  2. Autoriti karisma: merupakan ciri istimewa seseorang individu di mana beliau dipercayai dan mempunyai kelebihan dan ada pengikut – pengikutnya
  3. Rasional undang-undang: bagi negara moden barat di mana birokrasinya berasaskan undang-undang rasional berbentuk formal yang dikanunkan.

Bagaimana rasional undang-undang menjadi pilihan untuk melihat masyarakat moden?

  • Autoriti yang digariskan Weber menunjukkan autoriti-autoriti yang selalu dipraktikkan dalam birokrasi.
  • Weber berpendapat bahawa contoh terbaik rasional undang-undang adalah birokrasi dari segi politik atau ekonomi.
  • Jenis autoriti ini seringkali boleh dijumpai dalam negara moden, pemerintah kota, syarikat swasta dan awam, dan pelbagai persatuan sukarela.
  • Weber (1958) juga menyatakan bahawa
    “development of the modern state is identical indeed with that of modern officialdom and bureaucratic organizations just as the development of modern capitalism is identical with the increasing bureaucratization of economic enterprise”
  • Dalam menjelaskan bagaimana rasional undang-undang dalam masyarakat moden adalah dengan merujuk kepada apakah yang dimaksudkan dengan rasional undang-undang itu.
  • Rasional undang-undang itu adalah kepercayaan dalam kebenaran undang-undang itu secara automatiknya memberi legitimasi kepadanya agar dipatuhi oleh semua orang.
  • Dalam hal ini, rakyat mematuhi undang-undang bukan kerana mereka dipengaruhi oleh karisma atau ketua yang tradisional,
  • tetapi kerana mereka percaya bahawa undang-undang ini dirancang dan diperakui melalui prosedur yang sesuai dan prosedur ini dipercayai oleh pemerintah dan yang diperintah sebagai benar.
  • Masyarakat moden bergantung kepada autoriti rasional undang-undang ini dan pegawai kerajaan adalah contoh terbaik untuk melihat kekuasaan kepada autoriti ini.

Kaitan Rasional Undang-undang dengan Masyarakat Moden Menurut Weber negara moden wujud apabila sesebuah komuniti politik mempunyai berikut:

  • arahan pentadbiran dan undang-undang mempunyai autoriti rasional dalam pentadbiran masyarakat moden.
  • adalah menjadi alatan pentadbiran untuk melakukan pekerjaan rasmi mengikut peraturan perundangan yang telah disediakan.

Kesimpulan

  • Meskipun mendapat reaksi yang pelbagai, namun ideal type Weber terus unggul sebgai konsep teras di kebanyakan organisasi.
  • Tiga sumber autoriti yang dibincangkan adalah elemen penting dalam menjayakan visi dan misi pentadbiran.
  • Rasional undang-undang merupakan pilihan terbaik dalam kehidupan masyarakat moden atas keterangan yang telah diberikan.

Disediakan oleh:

Syazila Athira Lokman, Mohd Amir Farid Ruslan & Amzar Hafifi Abd Ghofurirfarid

Ulasan