Nota Teknik "incrementalism" (Pengantar Pentadbiran Awam)

Soalan: Bincangkan teknik pembuatan keputusan secara incremental dan apakah kebaikan dan keburukannya?

Membuat Keputusan
  • Definisi keputusan adalah satu titik dimana sebuah pilihan dibuat diantara alternatif dan biasanya ia bersaing
  • Tiga kaedah membuat keputusan :
  • Keputusan individu
  • Keputusan melalui perundingan
  • Keputusan berkumpulan

Pengenalan

  • Tokoh : Charles E. Lindblom (ahli ekonomi di Yale, berminat mengenai hubungan antara ekonomi dengan politik)
  • Karya : The Science of Muddling Through
  • Ringkasan karya :
    –Lindblom mengkritik model pembuatan keputusan secara rasional menyeluruh.
    model incremental telah diperkenalkan dalam artikel ini.
  • Definisi Incremental Decision Making:
    –Satu proses pembuatan keputusan secara berperingkat, proses tidak dilakukan secara mendadak.

Ciri-ciri Asas Incrementalism

  • Tumpuan pembuat keputusan hanyalah kepada polisi yang
    hanya merupakan tambahan kepada polisi yang sedia ada.
  • Hanya perkara-perkara kecil yang berkaitan dengan polisi alternatif saja yang dipertimbangkan.
  • Hanya sedikit perkara-perkara penting daripada setiap polisi dinilai dan ditaksirkan.
  • Tiada pembuat keputusan seorang sahaja dan tiada keputusan yang muktamad. Ia merupakan keputusan yang tidak berkesudahan dan ia berpanjangan.
  • Incrementalism merupakan langkah-langkah memperbaiki kesalahan dan ketidaksempurnaan sosial masa kini.
  • Campur tangan politik memainkan peranan yang penting dalam langkah-langkah incrementalism.

Contoh pengaplikasian teknik Incrementalism dalam dasar-dasar negara.

  • Dasar Ekonomi Baru (DEB)
  • Dasar Pembangunan Negara (DPN)
  • Wawasan negara (Wawasan 2020) ini bukan dasar

Alasan untuk pengaplikasian teknik Incrementalism.

  • kekangan waktu, kewangan dan tenaga pakar
  • menerima keabsahan polisi yang sebelumnya
  • terdapat tabungan-tabungan yang menarik dalam program/polisi yang lama yang menghalang mereka untuk melakukan perubahan yang benar-benar radikal dan menyeluruh
  • incrementalism merupakan satu tindakan politik yang tepat

Kebaikan-kebaikan Incrementalism

  • mengurangkan risiko
  • menjimatkan masa dan mengurangkan ketegangan
  • perubahan dapat diterima rakyat

Kelemahan Incrementalism

  • keupayaan meghadapi masalah kritikal
  • terlalu mengekalkan status quo
  • pembaziran

Kesimpulan

  • Teknik incrementalism merupakan satu pendekatan dalam membuat keputusan.
  • Memainkan peranan penting di negara-negara yang kekurangan sumber dan pengetahuan.
  • Dilihat sebagai kaedah untuk pemerintah mengekalkan kuasa dan menjamin kemakmuran dan memajukan sumber-sumber yang ada.
  • Namun, keberkesanan sesuatu konsep itu bergantung kepada sejauh mana proses perlaksanaannya dan penerimaan oleh rakyat.

Disediakan oleh:

Muhammad Helmi Othman, Nor Atika Mohd Top, Nadzirah Mohd Nasir & Nabila Ali

Ulasan

Catat Ulasan