Nota tentang Nikolai Berdyaev (Falsafah Politik)
NIKOLAI BERDYAEV (1874-1948)
- Nikolai Alexandrovich Berdyaev
- Dilahirkan di Kiev pada tahun 1874
- Memulakan zaman persekolahan di sekolah tentera seterusnya memasuki Universiti Kiev
- Menjadi pengikut Marx tetapi meninggalkan ajaran Marx yang materialistik
- Selepas Revolusi Oktober, dilantik menjadi pengerusi falsafah universiti Kiev bagaimana wujud perbezaan pendapat politik
- Pernah dipenjarakan dua kali
- Pada umur 25 tahun, beliau telah diasingkan ke utara Rusia
- Meninggal dunia di Clamart, March 24, 1948.
"Peranan Rakyat"
- Rakyat perlu mendapatkan kebebasannya sendiri. Beryaev melihat kepada Rejim Bolsheviks yang menyekat kebebasan ahlinya.
- Rakyat juga perlu kembali kepada ajaran asal untuk mengelakkan berlakunya kekejaman. Berdyaev banyak dipengaruhi oleh ajaran agama kristian.
- Manusia mempunyai kreativiti untuk menghasilkan sesuatu yang baru; iaitu kebebasan untuk berfikir, idea-idea kreatif
- Rakyat digalakkan berkarya, karya tersebut menjadi objektif dan menjadi material dunia. Bahan tersebut dianggap terpisah daripada minda dan lebih kepada terjemahan daripada akal.
- Rakyat perlu mengetahui kebenaran; kebebasan itu sendiri akan membawa kepada kebenaran “realiti”.
"Pemerintahan Terbaik"
- Pemerintahan terbaik adalah yang berlandaskan pegangan agama: Berdyaev menyifatkan agama dapat membimbing manusia
- Berdasarkan nilai etika- pengalaman moral, etika undang-undang;baik dan buruk; mengelakkan korupsi
- Pemerintahan tanpa kekejaman; memberi lebih banyak kebebasan
"Negara Ideal"
- Berdyaev berpendapat bahawa negara sosialis bukan lah sebuah negara yang ideal
- Ini kerana negara Sosialis berpotensi menjadi negara Liberal dan Totalitarian
- Negara yang baik adalah negara yang mengamalkan kebebasan serta membenarkan kreativiti rakyatnya.
- Negara yang baik juga mestilah berpegang kepada prinsip moral dan ajaran agama
Ulasan
Catat Ulasan