Nota mengenai Mahatma Ghandi (Falsafah Politik)

MOHANDAS KARAMCHAND GHANDI (1869-1948)
  • Di kenali sebagai Mohandas Karamchand Gandhi.
  • Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1869 dan meninggal dunia pada 30 January 1948.
  • Beliau merupakan seorang pemimpin spritual dan politik.
  • Merupakan seorang peneraju kemerdekaan India.
  • Matlamat beliau ialah membebaskan negara India daripada jajahan British dan menuntut kemerdekaan India.
  • Ajaran yang dibawa oleh beliau ialah menuntut kebenaran ataupun dikenali sebagai Satyagraha dan dengan tanpa keganasan lebih dikenali sebagai Ahimsa.

"Peranan Rakyat"

  • Gandhi menyatakan bahawa salah satu dosa sosial yang menyebabkan kemerosotan dan penyelanggaraan kehidupan politik adalah politik tanpa prinsip( politics without principles ).
  • Rakyat seharusnya mempunyai suatu prinsip dalam perjuangan politik mereka.Bagi Gandhi setiap rakyat harus memperjuangkan prinsip kebenaran ( Satayagraha ).
  • Setiap rakyat mempunyai hak kebebasan selagi kebebasan orang lain tidak disekat.
  • Gandhi lebih menekankan kepada tanggungjawab rakyat berbanding persoalan tentang hak rakyat. Untuk Gandhi, manusia lebih kerap mementingkan hak tetapi mengabaikan tanggungjawab.
  • Gandhi juga menuntut manusia memberikan kasih sayang antara satu sama lain tanpa kekerasaan, keganasan dan tanpa menyakiti mana-mana pihak bagi mencapai jalan kebenaran.
  • Menurut Gandhi, tidak sesiapa pun berhak untuk memaksa kebenaran ke atas orang lain tetapi sesorang itu menerima kebenaran melalui cara keinsafan.
  • Gandhi menyatakan bahawa "sesiapa yang mengatakan peranan agama tidak kena-mengena dengan politik sebenarnya tidak memahami agama kerana agama menuntut kita untuk menerima semua makhluk Tuhan yang dijadikan atas bumi ini dengan penuh kasih sayang".

"Pemerintahan Terbaik"

Menurut gandhi, seseorang pemimpin memerlukan 5 pillar utama sebagai persiapan untuk melakukan pelayanan (seva) tertinggi bagi rakyat dan negara :

  1. Sathya
    Seseorang pemimpin perlu berpegang teguh terhadap kebenaran dan memperjuangkannya secara berterusan dalam sebarang keadaan. Kebenaran yang dipegang oleh pemimpin perlu membawa kebaikan bersama tanpa mengorbankan pihak lain.
  2. Dharma
    Menerapkan tentang kebajikan tanpa memperhitungkan kepentingan sendiri, atau golongan tertentu tetapi untuk kebaikan orang ramai. Adalah bagi tujuan untuk mencapai jalan kebaikan yang membawa kebaikan kepada masyarakat, bangsa dan negara.
  3. Shanti
    Menumpukan kepada kedamaian pada setiap masa. Menumpukan kedamaian bagi menghasilkan kebahagian bagi semua rakyat.
  4. Prema
    Menumpukan cinta kasih murni tanpa ego dengan berpegang kepada kebenaran dan mengorbankan diri untuk orang lain sebagai seorang pelayan kepada rakyat yang sebenar-benarnya.
  5. Ahimsa
    Seseorang pemimpin tidak seharusnya menggunakan kekerasaan dalam menyelesaikan masalah. Kekerasan bukannya suatu penyelesai masalah malah mengundang kepada rasa kebencian dan rasa dendam. Seseorang pemimpin tidak seharusnya menggunakan kekerasan tetapi lebih mesra rakyat.

"Negara Ideal"

Hind Swaraj( Indian Home Rule )
Ideologi yang diasaskan oleh gandhi dimana India menuju kepada pemerintahan sendiri. Terdapat beberapa dasar penting dalam ideologi ini :

  1. Ramrajya ( negara yang demokratik) Merupakan idea Gandhi tentang negara dan kedaulatan negara. Sesebuah negara yang dicirikan oleh desentralisasi kekuasaan iaitu kuasa tidak sewenang-wenangnya diserahkan kepada pemerintah pusat tetapi kuasa dibahagikan kepada peringkat daerah (Gram Swaraj) supaya rakyat dapat menyelesaikan masalahnya sendiri. Menurut Gandhi, bentuk pemerintahan seperti ini dapat mewujudkan kedaulatan rakyat serta dapat memberi ruang aliran atau pemikiran individu.
  2. Sarvodaya ( Kesejahteraan milik semua)
    Meliputi tentang idea tentang sosioekonomi yang ideal menyakni kesejahteraan dan keserataan bagi bangsa India. Sistem kasta masih diamalkan tetapi kaum kasta rendah( harijan ) diberi hak dan dimajukan baik dari segi sosial dan ekonomi dalam India yang merdeka.
  3. Sistem ekonomi (khadi)
    Memberi kesedaran kepada rakyat India yang mundur dari segi ekonomi serta cuba membebaskan dari eksploitasi Industri Barat yang menimbulkan pengangguran.



Ulasan